Amalan Kita Sia Sia Jika Tiada Keikhlasan

Kongsikan di



Pra syarat penerimaan sesuatu amalan itu mendapat ganjaran dan diterima oleh Allah s.w.t ialah ikhlas. Syarat lain yang perlu diambil kira ialah perlaksanaan sesuatu ibadat tersebut mengikut syarat dan rukun yang telah ditentukan syarak. Disamping itu juga sesuatu  ibadat itu  syabit dalam syarak  bahawa ia adalah suatu ibadah samaada wajib, sunat atau sebagainya.

Sebagaimana yang kerap diketahui bahawa ikhlas adalah merujuk kepadamelakukan amalan dengan itu kerana Allah sahaja. Amalan suci untuk bertaqarrub yakni mendekatkan diri kepada Allah Taala dan tersisih dari segala perkara yang mencemarkan. Andaikata amalan itu bercampur dengan niat taqarrub oleh pengaruh lain seperti riyak (memperlihatkan amal kepada makhluk) atau sebagainya atas dorongan nafsu nescaya amalan tersebut terkeluar dari maksud keikhlasan.

Firman Allah s.w.t:

"Dan Mereka tiadalah diperintahkan melainkan beribadat kepada Allah Taala dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadaNya"


(Al-Baiyyinah :5)

"Ingatlah bahawa agama yang suci (Khalis) itu hanyalah bagi Allah"

(az-Zumar :3)

"Melainkan orang-orang yang bertaubat, membuat baik dan berpegang kepada Allah serta mengikhlaskan agamanya kerana Allah"

(an-Nisa:146)



Imam Ali bin Abi Talib karamallah wajhah menyatakan: "Jangan susah hati kerana amal yang sedikit, tetapi usahakan agar amal yang sedikit itu diterima Allah"

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Ikhlaskan amal itu, cukuplah walau sedikit"

Rasulullah menyatakan dalam hadis bahawa perlu sekali manusia yang beribadah mempunyai sifat ikhsan:

"Ihsan itu ialah kamu beribadat kepada Allah seperti kamu melihat Allah dan sekiranya tidak mampu maka sesungguhnya Allah melihat kamu"

Sifat Ihsan akan dapat menjadikan ibadat yang dilakukan dapat dihayati, menimbulkan kekhusyukan dan penumpuan ibadah hanya kepada Allah dan untuk Allah S.w.t semata-mata.  Sifat ikhlas dalam ibadah atau kerja-kerja yang dilakukan dapat diukur dan dirasai sendiri apabila perasaan dan niat-niat yang lain daripada Allah tidak wujud. Keikhlasan dapat diukur apabila ibadah yang dilakukan samaada dihadapan makhluk atau dibelakangnya adalah sama. Sekiranya rajin apabila dihadapan orang dan malas atau berat di belakang orang maka itulah tanda ia tidak ada keikhlasan.

Yaakub al-Makfuf berkata: "Orang yang ikhlas ialah orang yang menyembunyikan kebajikan-kebajikannya sekadar mana ia menyembunyikan kejahatan-kejahatannya"

Seseorang yang beramal tetapi tidak ikhlas maka ia telah melakukan syirik yang kecil atau syirik yang tersembunyi. Walaupun sewaktu mula melakukan amalan tersebut dia menyebut dengan ikhlas kerana Allah, Namun di tengah-tengah ibadahnya ia telah menukar niatnya bukan kerana Allah apabila timbul sifat riyak, ujub dan sebagainya.

Masih dikira ikhlas apabila seseorang yang beramal kerana mengharapkan pahala atau meninggalkan larangan kerana takutkan neraka Allah. Namun Tingkatan ikhlas yang paling tinggi     ialah apabila seseorang yang beramal dengan niat mencari keredaan Allah. Inilah martabat para nabi dan para wali-wali Allah subhanahu wataala.

 Sumber: JAIS
loading...

1 Response to "Amalan Kita Sia Sia Jika Tiada Keikhlasan"

  1. bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^

    ReplyDelete

Didakwah