Teh, Kopi, Garam Boleh Hilangkan Bau Kaki?

Kongsikan di

Image result for Teh, Kopi, Garam Boleh Hilangkan Bau Kaki?


Kalau anda pakai kasut terlalu lama dan kaki cepat berpeluh mesti kaki anda akan berbau bukan? Bagi sesetengah orang, masalah kaki berbau adalah sangat memalukan. Ini merupakan satu masalah yang perlu dielakkan kerana secara tidak langsung ia mencerminkan diri kita sendiri. Masalah kaki berbau akan menyebabkan kita akan berasa kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Tahukah anda teh, kopi dan garam mampu menyelesaikan masalah ini? Ya! Ketiga-tiga bahan ini mempunyai fungsi yang sama iaitu neutralkan semula bau kaki. Caranya amat mudah dan boleh dilakukan di rumah. Tidak perlu ke spa untuk lakukan pedicure, itu semua hanya satu pembaziran sahaja.

Jadi hari ini kami mahu berkongsi tips yang jarang kita amalkan untuk hilangkan bau kaki.
Tips Yang Jarang Diamalkan:
Teh – Rendam kaki dalam air suam, campur hampas teh. Rendam 10 minit je. Ini akan bantu neutralkan semula bau kaki anda.
Garam – Rendamkan garam sama macam hampas teh. Sukatan garam terpulang pada anda.
Kopi – Bungkus kopi dalam kain bersih. Masukkan dalam kasut semalaman. Sukatannya pula tidak terlalu banyak dan terlalu sedikit. Anda juga boleh rendamkan kaki dengan kopi yang direndam tanpa dicampurkan gula. Ini akan membantu neutralkan semula bau kaki anda.
Tips Cegah Bau Kaki Yang Biasa Diamalkan:
  • Bersihkan celah jari kaki setiap kali mandi.
  • Kurangkan makanan pedas dan berkalori tinggi. Kedua-dua makanan ini akan membuatkan badan kita mudah berpeluh & membiakkan bakteria.
  • Guna foot patch untuk buang toksin-penyebab kaki berbau.
  • Simpan kasut di tempat yang ada pengudaraan baik. Guna silica gel atau arang kalau simpan dalam kotak.
  • Guna kasut berasaskan kain. Kalau kasut getah atau plastik menyebabkan kaki cepat berpeluh sebab panas dan pengaliran udara yang kurang baik.
  • Guna bedak untuk hilangkan bau kaki.
  • Anda juga boleh rendam kaki dalam air suam dan biarkan selama 10-15 minit dan kemudian sapukan losyen.
Sumber : wanista.com

loading...

0 Response to "Teh, Kopi, Garam Boleh Hilangkan Bau Kaki?"

Post a Comment

Didakwah