Jangan Tidur Menghadap Kipas Angin, Padah Kesannya!

Kongsikan di


Pada musim panas seperti hari ini, memanglah kalau boleh 24 jam kita ingin berada depan kipas angin atau pun di dalam bilik berhawa dingin. Tujuannya satu, nak selesa dan berasa nyaman. Lebih-lebih ketika hendak tidur, mana mungkin kita dapat tidur lena kalau badan berpeluh terasa panas.

Bercerita tentang penggunaan kipas angin tradisional untuk memberi rasa lebih selesa ketika tidur, biasanya kita akan menghalakan kipas tersebut kebahagian wajah atau kepala. Ini kerana kita beranggapan bila bahagian muka sejuk kita akan rasa lebih selesa. Namuan sebenarnya jika inilah caranya yang anda praktikkan, anda sedang mengundang masalah pada diri anda sendiri.   Nak tahu apa dia, jom semak!



1.    Gangguan Pada Pernafasan

Kipas angin berfungsi untuk menggerakkan udara tanpa dijamin udara yang dihasilkan adalah udara yang bersih  atau sebagainya.  Masalah lebih teruk terjadi jika, kipas tersebut berhabuk dan tidak dicuci bilah-bilahnya. Ini secara tidak langsung memberi potensi udara yang tidak bersih  disedut ke dalam salur pernafasan sepanjang malam. Apabila  bakteria, habuk, kuman atau sebagainya disebarkan, menjadi punca kepada penyakit  asma yang pastinya membahayakan kesihatan.



2.    Penyakit Bell Palsy

Ia merupakan penyakit  kelumpuhan namun tidak bermaksud lumpuh seluruh badan.  Tetapi adalah lumpuh di bahagian wajah di mana akan terasa sukar untuk senyum dan ketawa. Memandangkan setiap malam kipas tertumpu pada bahagian wajah dan ini menyebabkan keadaan saraf wajah menegang  kerana menerima suhu yang sejuk sepanjang malam berbanding tubuh-tubuh yang lain.



3.    Kurang Oksigen

Angin yang terhasil daripada putaran bilah kipas yang dihadapkan ke wajah akan menghalang proses pernafasan yang normal. Didapati  jumlah  gas  oksigen berkurangan bahkan gas karbon dioksida pula akan meningkat kesan daripada putaran pengudaraan tidak baik di sekitar wajah.



4.    Kulit Kering

Biasanya bila masalah kulit kering terjadi adalah disebabkan oleh sinaran cahaya matahari. Pun begitu, keadaan ruang yang terlalu sejuk turut akan memberi kesan yang sama pada kulit.  Lantaran itu, apabila anda terlalu lama menggunakan kipas angin dan dihalakan ke wajah, akan menyebabkan efek kekurangan air terjadi pada kulit muka.



Tip Penggunaan Kipas Angin Secara Sihat

1.    Sentiasa bersihkan bilah-bilah kipas untuk pengudaraan yang lebih bersih tanpa habuk.

2.    JANGAN gunakan kipas angin di dalam ruangan yang tertutup atau yang tidak memiliki sistem pengudaraan udara yang baik.

3.    JANGAN  hadapkan kipas angin tepat di wajah, karana akan sangat mempengaruhi jumlah oksigen dan karbon dioksida yang ada di sekitar wajah.

4.    Jika menggunakan kipas ketika tidur, maka setkan pada laras berpusing ke kiri dan ke kanan.

5.    JANGAN menggunakan tahap kelajuan maksimum tetapi cukup sekadar sederhana untuk elak lemas.
loading...

1 Response to "Jangan Tidur Menghadap Kipas Angin, Padah Kesannya!"

Didakwah