10 Tip Untuk Kekal Hidrat Ketika Cuaca Panas Membahang

Kongsikan di

Image result for 10 Tip Untuk Kekal Hidrat Ketika Cuaca Panas Membahang



Sememangnya musim tengkujuh kian tiba di negara kita, tetapi dengan cuaca yang tidak menentu sekejap panas dan sekejap hujan membuatkan tubuh juga lebih cepat untuk jatuh sakit.

Dengan peningkatan suhu di luar yang mencecah sehingga 40 darjah celsius, ia membuatkan tubuh dehidrasi jika anda degil dalam melakukan 10 tip ini.

Sini disenaraikan 10 tip yang baik dalam menghidrat badan anda dengan sepenuhnya ketika cuaca panas ekstrem sekarang ini.

1. Minum kerap
Sebaiknya, kerapkan pengambilan minuman, walaupun jika anda tidak berasa dahaga. Jangan tunggu sampai anda berasa haus baru minum.

2. Minum air
Elakkan pengambilan minuman bergula yang mengandungi lebih kalori yang mana meningkatkan tahap glukosa dalam darah sekaligus menaikkan berat badan anda.

3. Bawa botol air 
Ia memudahkan untuk anda mengisi semula air pada bila-bila masa. Walaupun anda tiada sebarang rancangan untuk aktiviti di luar, membawa sebotol air di tangan dapat memastikan anda untuk sentiasa minum dan sebelum anda dahaga.

4. Tambah perisa dalam air anda
Sedikit penambah perasa semula jadi dalam air kosong anda tiada salahnya. Seperti lemon, strawberi atau mungkin sedikit potongan timun segar adalah salah satu cara untuk menambah rasa dalam minuman anda tanpa perlu meningkatkan kadar kalori.

5. Cuba air sparkling
Anda masih boleh menikmati minuman rasa seakan minuman berkarbonat tanpa kalori.

6. Elak minuman berkafein
Ini kerana ia bertindak sebagai diuretik yang mana membuatkan anda kehilangan lebih banyak air dalam badan.

7. Ambil minuman sukan untuk menambah cecair semasa melakukan workout yang ekstrem
Jika anda pasti akan mengeluarkan peluh yang berlebihan kala melakukan aktiviti, minuman sukan mungkin lebih berguna dari air kosong untuk menambah elektrolit yang hilang apabila anda berpeluh.

8. Minum minuman yang menyejukkan
Sejukkan botol air anda, gunakan penyejuk ais, gunakan ais dalam gelas pakai buang untuk pastikan minuman anda kekal dingin. Mengambil minuman sejuk bukan hanya membantu anda untuk kekal sejuk, ia juga mampu memastikan tubuh anda kekal hidrat.

9. Beri perhatian pada pengambilan minuman
Cuba letakkan penggera pada jam tangan atau telefon anda untuk membantu anda mengingati bila tiba masanya untuk mengambil minuman. Inilah sebabnya mengapa mempunyai botol air yang boleh digunakan semula adalah penting untuk kekal hidrat.

10. Ambil makanan yang tinggi kandungan mineral
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan mineral dapat membantu anda untuk kekal hidrasi seperti tembikai, buah oren, kelapa, timun dan sayur bayam.

Sumber : eh.com.my

loading...

0 Response to "10 Tip Untuk Kekal Hidrat Ketika Cuaca Panas Membahang"

Post a Comment

Didakwah