Dalil dari Al-Quran dan Hadith tentang AMALAN PEMAKANAN MADU

Kongsikan di



Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.” (Al-Nahl 16:68)

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Al-Nahl 16:69)

Di dalam Al-Quran, Surah An-Nalh ayat 68-69, dengan terang menunjukkan bahawa hasil lebah dan manusia mempunyai kesinambungan yang tersendiri. Pastinya sesuatu yang dicpta oleh Allah itu sangat bermanfaat untuk manusia dan makhluk Nya yang lain.

Hadis Dan Ungkapan Kata-Kata Para Sahabat Dan Para Ulamak Mengenai Madu Lebah

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda ” Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”

Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang minuman ialah baginda suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk.”

Rasulullah s.a.w. meminum madu itu sebelum makan pagi yang dibantu dengan air. (air yang hendak digunakan untuk dicampurkan dengan madu itu hendaklah disimpan semalaman di dalam suatu bekas sebagaimana yang disukai oleh Rasulullah s.a.w.)Pada tiap-tiap pagi campurkanlah air ini dengan sesudu madu lalu diminum dengan membaca selawat ke atasnya sebanyak tiga kali.

Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Nikmat yang pertama-tama kali akan diangkat dari bumi ialh madu”( Dari Kita As-Bahan terjemahan oleh Ahmad Al-Hasan)

Abu Hurairah r.a. daripada Nabi Muahammad s.a.w. katanya: ” Semua serangga dalam api neraka Allah s.w.t. sebagai azab bagi penghuni neraka kecuali lebah” (Dinukilkan oleh At-Tarmizi dan Al-Hamim dari Kitab Nawadir Usul).

Al-Baihaqi dari Mujahid dari Umar r.a. yang didengarnya dari Nabi s.a.w.: “Perumpamaan orang mukmin adalah seperti lebah, jika kamu mendampinginya ia akan memberi manfaat kepada kamu dan jika kamu bermesyuarat dengannya ia akan memberi manfaat kepada kamu dan setiap hal ehwalnya akan memberi manfaat kapada kamu”. Begitulah juga setiap hal ehwal lebah itu mempunyai manfaat yang banyak.

Diriwayatkan daripada Ali k.w. bahawa beliau berkata ” Kehinaan untuk dunia, semulia-mulia pakaian manusia di dalam kehidupan dunia adalah dari air liur sejenis rongga (kain sutera dari ulat sutera) dam semulia-mulia minuman adalah apa yang keluar dari mulut lebah.”

Ibnu Juraih berkata,” Hendaklah kamu minum madu kerana sangat baik untuk menguatkan daya hafaz (ingatan).”

Ibnu Al_Asir berkata’ “Adapun diumpamakan orang mukmin itu dengan lebah lantaran kebijaksanaannya kurang memberi mudharat, usahanya di siang hari kegigihannya dan sentiasa menjauhkan diri dari sebarang kekotoran. Makanannya dari benda yang bai-baik dan sesungguhnya ia tidak makan dari benda hasi dari usaha orang lain. Ketaatanya kepada ketuanya tidak berbelah bagi”.

Dari Ibnu Abbas r.a Nabi s.a.w.:”Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga perkara i)Berbekam, 2)Minum Madu, 3) Bakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. (Hadis riwayat Bukhari).

Abdullah bin Umar telah menggunakan madu untuk mengubati luka (dengan cara disapukan di atas tempat luka) dan ternyata luka tersebut dapat sembuh dalam waktu yang singkat.

Dalam hadis yang lain disebutkan: “Hendaklah kamu menggunakan dua ubat iaitu madu dan Al-Quran. Madu untuk mengubat penyakit jasmani dan Al-Quran untuk menyembuh penyakit rohani”

madu lebah juga merupakan sebahagian daripada mukjizat Nabi Allah Isa a.s dalam menyembuhkan penyakit sopak dan buta penglihatan.

Kehebatan madu sebagaimana disampaikan Al-Quran telah terbukti secara saintifik dan dibahaskan secara ilmiah di seluruh dunia. Pakar perubatan Islam banyak menulis mengenai madu.

Antaranya al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,”Sesungguhnya madu apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma’idah (perut), kemudian ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah.

Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:”Madu berfungsi menyinkir lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus, kuatkan perut, membersih hati, melancarkan air kencing, membersih dada (termasuk paru-paru), berguna bagi orang yang banyak lendir (madu membuang lendir), terhadap tubuh yang ada bahan sejuk dan penyakit batuk yang terjadi dari lendir.

Manakala Dr Rihab ‘Ukaiwy menyifatkan madu sebagai pemakanan perlu melahirkan daya kekuatan tubuh dan mental. Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr. Muhammad Kamal Abdul Aziz. Madu dijamin oleh Allah sebagaimana dalam firmannya ayat 69 Suroh An-Nahl (lebah)

Sayyid Quthb mengungkapkan, madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib diyakini umat manusia.

Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.

Disini kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.

Wallahu’alam….

(Sumber: Husnulhadiahmad)
loading...

0 Response to "Dalil dari Al-Quran dan Hadith tentang AMALAN PEMAKANAN MADU"

Post a Comment

Didakwah