Fakta Susu Yang Tak Ramai Tahu

Kongsikan di


Walau berapa pun usia anda, susu yang mengandungi kandungan kalsium serta pelbagai lagi nutrisi penting untuk tubuh perlu diambil dengan secukupnya. Ketahui pelbagai rahsia dan tip menarik mengenai susu. Cuba dulu, baru tahu!

  1. Lemak susu tidak menyebabkan gemuk. Amalan diet pemakanan anda yang tidak seimbang yang menyebabkan pengumpulan lemak lalu mendorong ke arah kegemukan.
  2. Sebelum tidur, digalakkan untuk minum segelas susu panas yang dapat melonggarkan otot-otot tegang dan menenangkan saraf, sekali gus memberi peluang untuk anda mendapatkan rehat dan tidur yang lena selepas seharian bekerja.
  3. Tidak kira susu segar mahupun susu tepung, ia mengandungi kandungan vitamin dan kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang dan penyembuhan luka, vitamin untuk sel darah, tenaga untuk melakukan aktiviti seharian serta riboflavin yang menjadikan kulit cerah berseri.
  4. Susu adalah baik untuk mereka yang mengalami sindrom pra-haid (PMS) kerana ia sumber untuk melegakan kesakitan
    dan memberi tenaga kepada badan untuk terus aktif.
  5. Digalakkan untuk minum 1-3 gelas susu sehari.
  6. Susu menjadikan badan lebih sejuk dengan mengekalkan tahap cecair dalam badan.

Sumber: Majalah EH
loading...

1 Response to "Fakta Susu Yang Tak Ramai Tahu"


  1. mari bergabung dengan kami di
    FANSPOKER jangan lupa untuk di add ya pin bb 55F97BD0 ^^

    ReplyDelete

Didakwah