Petua Atasi Masalah ANAK KENCING MALAM

Kongsikan di


Normalkah Anak Kencing Malam?

Sebenarnya, kencing malam memang kerap terjadi apabila anak di bawah lima tahun mula beralih fasa bercerai lampin.

Ia adalah perkara normal bagi anak-anak di usia itu kerana mereka masih belum tahu cara untuk mengawal pundi kencing sepenuhnya. Proses ini mengambil masa dan bukanlah semudah yang kita sangkakan.

Bayangkan anak-anak yang sudah terbiasa kencing dalam lampin setiap hari, mereka perlu sedikit masa untuk beradaptasi dengan perubahan apabila meningkat usia. Keseluruhan proses mengawal pundi kencing ini melibatkan kombinasi otot, saraf, ‘spinal cord’ dan otak.

 Tip mengatasi

1. Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik.

2. Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.

3. Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.

4. Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.

5. Jika anak tidur sendirian di bilik sendiri, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.

6. Jangan marah atau memalukan mereka akan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja melakukan perkara itu. Sebaiknya beri sokongan kepada mereka.

7. Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.

8. Guna cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.

9. Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.

10. Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.

(Sumber: Majalahpama)
loading...

0 Response to "Petua Atasi Masalah ANAK KENCING MALAM"

Post a Comment

Didakwah