Tasu’a (تاسوعا) bermaksud “Hari Kesembilan” Muharram iaitu hari sebelum Asyura yang disarankan berpuasa oleh Rasulullah ﷺ. Berpuasa pada Bulan Muharam adalah suatu amalan mulia dan amat digalakkan terutama pada Hari Tasu’a dan Hari Asyuraiaitu pada hari ke 9 & 10 Muharram yang sudah pasti menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah ﷺbersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ.
“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Syahrullah (bulan Allah) Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Sewaktu Rasulullah ﷺberhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
Rasulullah ﷺbertanya: “Berpuasa apakah kamu ini ?” Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabiﷺ: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
.
Rasulullah ﷺbersabda: “Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)
.
.
Berpuasa Hari Tasu’a Perlu Diiringi
.
Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam)agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.
Paling afdhal ialah berpuasa tiga hari berturut-turut iaitu pada hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak berupaya, maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak mampu juga, maka daripada tidak beramal, bolehlah berpuasa sunat pada hari ke 10 Muharram sahaja. Tetapi sebaiknya ikutilah nasihat Baginda ﷺ:
Rasulullah ﷺbersabda: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” (Hadis Riwayat Al Baihaqi).
Sabda Rasulullah ﷺ: “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
.
.
Niat Puasa Sembilan Muharam
.
Lafaz niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a) ialah:
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم
“Ketika Rasulullah ﷺberpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan, pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
.
Hikmah Berpuasa Pada Hari Tasu`a
Imam al-Nawawi rahimahullah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya siyam hari Tasu`a:
1. Disyariatkan puasa Tasu`a bermaksud untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.
2. Adalah untuk menyambung puasa hari Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jumaat saja. Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.
3. Berhati-hati dalam pelaksanaan puasa Asyura, dikhawatirkan hilal terkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan kiraan hari ke 9 dalam penarikhan sebenar telah masuk hari kesepuluh.
Dan alasan yang paling kuat disunnahkannya puasa hari Tasu’a adalah alasan pertama, iaitu untuk menyelisihi ahli kitab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam al Fatawa al-Kubra berkata, “Rasulullah ﷺmelarang bertasyabbuh dengan ahli kitab dalam banyak hadith. Seperti sabda beliau tentang puasa `Asyura:
لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ
“Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.”
(Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Ibnu Hajar rahimahullah dalam catatan beliau terhadap hadith, “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan”, Keinginan beliau untuk berpuasa pada hari kesembilan membawa makna agar tidak membatasi berpuasa pada hari itu saja. Tapi menggabungkannya dengan hari ke sepuluh, baik sebagai langkah berhati-hati ataupun untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nasrani. Dan ini merupakan pendapat yang terkuat dan yang disebutkan oleh sebahagian riwayat Muslim.”
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
Artikel berkaitan:
Puasa Sunat Hari Asyura Dan Tasu’a Muharram (Klik Di Sini)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
loading...
0 Response to "Puasa Sunat Hari Tasu’a (9) Muharram"
Post a Comment