10 Perkara Yang Menyelamatkan Kita Dari Azab Neraka

Kongsikan di



Antara sebab kewujudan kita di atas muka dunia ini adalah untuk menyelamatkan diri kita dari azab neraka Jahannam. Allah merakamkan di dalam al-Quran,
ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ
“Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.” (4:185)
Kejayaan sebenar adalah selamat dari seksa neraka, dan mendapat ganjaran terbesar, iaitu memasuki syurga.
Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu taala telah menyenaraikan 10 perkara atau cara supaya terhindarnya kita dari azab yang maha pedih; azab jahannam.
  1. Taubat
  2. Taubat bermaksud kembali kepada Allah. Ia adalah merupakan tindakan hati. Taubat adalah sebuah psychological state; perasaan ingin kembali kepada Pencipta, Rabb. Rasulullah saw pernah mengatakan, “الندم التوبة” yang bermaksud, “rasa bersalah itu taubat”.
    Oleh kerana dosa menjauhkan kita dari Allah, meletakkan pembatas antara kita dan Allah, maka taubat mengembalikan kita semula kepada Allah setelah melakukan dosa.
    Taubat adalah merupakan cara paling berkesan untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Tidak ada cara lain yang lebih hebat dari taubat. Tidak ada dosa yang tidak akan diampunkan melalui taubat.
    ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا
    “kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa” (39:53)
    Apa yang membuat taubat ini lebih lebih hebat ialah penerimaan taubat itu dijamin keatas mereka yang bertaubat dengan ikhlas. Tidak ada sesuatu pun yang boleh menjadi penghalang antara pendosa dan rahmat Allah.
    Bahkan, sebahagian ulama’ telah menyebutkan bahawa konsep taubat ini adalah antara hikmah mengapa Allah menciptakan kita.
    Apabila malaikat mempersoalkan “ya Allah mengapa Engkau menciptakan manusia sedangkan mereka ini selalu menumpahkan darah, saling bermusuhan, berperang? Sedangkan kami- para malaikat tidak melakukan dosa. Kami sering mengingatimu tanpa lelah, sentiasa taat dan patuh kepadaMu.”
    Allah pun menjawab “Aku lebih tahu apa yang kalian tidak tahu.”
    Di sinilah sebahagian mufassirun memberi komentar bahawa sebab Allah menciptakan manusia adalah agar Dia dapat memanifestasikan, memperlihatkan rahmat dan cintaNya kepada hamba-hamba yang selalu berdosa.
    
Subhanallah ikhwati fillah.
    
Sepertinya Allah mengatakan,
    “Supaya mereka tahu betapa aku ini Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang, maka apakah tidak ada dari hamba-hambaku yang mahu bertaubat?”
    Nabi saw juga ada menyebutkan, “orang yang melakukan taubat itu seperti tidak pernah melakukan apa-apa dosa” (HR. Ibn Majah)
    Lalu, apakah yang menghalang kita daripada mahu bertaubat?
  3. Istighfar
  4. Apabila kita mengatakan bahawa taubat ialah tindakan hati, maka istighfar pula ialah tindakan lidah kita. Taubat yang dilisankan. taubat dan istighfar; kedua-dua adalah hal berbeza, tapi saling memerlukan. Istighfar adalah salah satu cara melahirkan rasa taubat.
    Nabi saw bersabda,
    وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
    “Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)
    Jika nabi saw sering bertaubat dan beristighfar, bagaimana dengan anda dan saya?
    Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari diceritakan tentang seorang hamba yang berbuat dosa kemudian berkata,
    يَا رَبِّ إِنِّى أَذْنَبْتُ ذَنْبًا فَاغْفِرْ لِى
    “Ya Allah aku telah berdosa, ampunilah aku”
    Maka Allah berfirman,
    عَلِمَ عَبْدِى أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ
    “Hambaku mengetahui bahawa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa”
    Maka dia pun diampunkan. Dan berulang-ulang kali hal yang sama terjadi. Dia berulang kali melakukan dosa, dan Allah tidak letih mengampunkan dosa-dosanya. Allah tidak menyukai dosa, tetapi Allah mencintai pendosa yang bertaubat.
  5. Melakukan kebaikan
  6. Berbuat kebaikan akan menghapuskan dosa-dosa. Dalam sebuah hadith nabi saw diceritakan bahawa seorang lelaki telah mencium seorang wanita ajnabi lalu bertemu dengan Nabi saw dan berkata, “Ya Rasulullah aku telah melakukan sekian dan sekian apakah aku akan diampunkan?” Rasulullah saw mendiamkan diri. Apalagi tidak ada sebarang hukuman dalam syarak terhadap perkara tersebut. Kemudian datangnya waktu solat dan mereka solat. Selepas solat, Nabi saw memanggil si fulan dan berkata, “Bukankah engkau telah hadir ke masjid dan solat bersama kami?” “Ya” jawabnya. Lalu kata nabi, ” ان الحسنات يذهبن السيات” “Sesungguhkan kebaikan menghapuskan kejahatan”.
    Setiap sedeqah, setiap wudhu’, setiap solat, setiap senyuman, setiap tenaga yang disumbang, apa-apa sahaja kebaikan akan menghapuskan sebahagian dari dosa-dosa.
  7. Doa daripada orang-orang beriman kepada kita
  8. Mendoakan orang lain agar diampunkan adalah perintah dan anjuran Allah. Doa mampu menghapuskan dosa-dosa.
    وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
    “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”. (59:10)
    Kita mengharapkan, agar setelah kita pergi, sebahagian doa-doa dari orang muslim itu sampai kepada kita, apatah lagi doa-doa yang menyebut nama kita secara khusus. Doakanlah orang lain, semoga kita juga didoakan.
    “كما تدين تدان”
    Sebagaimana kita mendoakan, kita juga didoakan.
  9. Ujian di dunia
  10. Atas rahmat dari Allah, setiap kesakitan, sama ada secara fizikal atau emosi yang menimpa akan menghapuskan dosa-dosa.
    Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.(HR. Bukhari)
    Tiada manusia yang sukakan kepayahan dan kesakitan. Akan tetapi seorang mukmin bila diuji, sebahagian kecil dari dirinya akan menyedari dan menerimanya dengan lapang dada kerana menyedari bahawa Allah sedang mengampuni dosa-dosanya, dan mengharapkan agar apabila di mahsyar kelak, dosa-dosanya semuanya terhapus.
  11. Azab di kubur
  12. Azab seksa di kubur adalah perkara yang tidak kita mahu lalui. Akan tetapi, berbanding dengan azab neraka, azab di kubur lebih baik kerana ia mampu memadamkan dosa-dosa kita.
    Akan ada sebahagian dari kita, naudzubillahi min dzalik, melakukan dosa-dosa besar dan akan diseksa di neraka jahannam. Namun, atas rahmatNya, Allah menjadikan azab kubur sebagai kaffarah.
  13. Kepayahan di hari akhirat
  14. Hari akhirat adalah merupakan hari kesusahan bagi kebanyakan manusia. Ia adalah hari yang amat panas, kecuali bagi mereka yang mendapat naungan dari Allah. Kiamat adalah hari di mana manusia akan kehausan, kecuali mereka yang Allah izinkan untuk minum dari perigi Haud. Untuk ramai manusia hisab terlalu menggugah kekuatan, titian sirat amat payah dilalui, kecuali mereka yang diberikan kemudahan oleh Allah. Sebahagian ini akan menjadi kaffarah untuk kita dari ditimpa azab jahannam.
  15. Kebaikan dari orang hidup kepada yang telah mati
  16. Doa dari seorang anak yatim yang pernah kita berbuat baik padanya, membesar lalu teringat pada kita dan mendoakan kita, masyarakat yang mendoakan kita kerana ilmu kita memberi manfaat kepada mereka, ini semua mampu menyelamatkan kita dari azab neraka.
    Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith yang masyhur,
    عَنْ اَبي هُـرَيْـرَةَ رَضِـَي اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذاَ ماَتَ ابْنُ اٰدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّمِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ اَوْعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ اَوْوَلَدٍصَا لِحٍ يَدْعُوْلَه. رَوَهُ مُسْلِمْ
    “Dari Abi Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW.bersabda; Apabila anak Adam telah meningal dunia terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara, yaitu sedekah jariyah ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan kedua orang tuanya,”(HR Muslim)
    Menyedari hal ini, menjadi keperluan bagi kita untuk memaksimakan manfaat kita semasa di dunia, planting the best of seeds, and as many as we could, agar selepas kita mati, mereka akan ingat pada kita dan mendoakan kita. Menjadi insan yang paling baik, yang paling pemurah, yang paling ringan tangan. Tidaklah kita tahu kebaikan mana yang akan membantu kita pada hari akhirat.
  17. Syafaat Nabi SAW
  18. Syafaat nabi mampu menyelamatkan kita dari azab neraka. Berdoalah sebagaimana doa kita selepas azan,
    اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدَاً الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامَاً مَحْمُودَاً الَّذِي وَعَدْتَهُ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
    ‘Maqam mahmudaa’ itu adalah maqam syafaat. Semoga Allah menerima kita dari mereka yang mendapat syafaat nabi saw di hari akhirat.
  19. Rahmat dan kasih sayang Allah kepada sesiapa sahaja yang dia mahukan
  20. Ini adalah yang terakhir, jauh sekali dari yang paling tidak penting.
    Rahmat Allah.
    Hakikatnya, akhirat kelak akan ada terlalu ramai manusia yang layak untuk dicampak ke neraka jahannam. Akan tetapi,
    ۚ وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ
    “…dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu…” (7:156)
    Terlalu besar rahmat Allah. Dalam sebuah hadith nabi menceritakan bahawa Allah mempunyai 100 bahagian rahmat, dan 1 diletakkan di atas dunia. Dengan 1 rahmat itu, haiwan mengasihi anaknya, seorang ibu menyayangi keluarganya, pemuda berbuat baik kepada yang tua. Dari awal penciptaan sehingga hari kiamat. Segalanya. Semua atas satu rahmat ini.
    99 lagi bahagian rahmat yang lain Allah memperuntukkan untuk hari akhirat. Begitulah sifat Ar-Rahman Allah kepada manusia, sekalipun kepada yang tidak layak.
    Apapun, hal ini tiada jaminan dan kita harus berusaha mendapatkannya.
    Kita semua pendosa, dan dosa itu pahit
    Hakikatnya ikhwati fillah yang dikasihi, dosa tidak melakukan apa-apa kecuali kepedihan di alam ini dan akhirat. Ingkar kepada Allah tidak menenangkan, menjauhkan kita dari Allah.
    Melakukan dosa mengeraskan jiwa, hati kita mati. Menarik rezeki-rezeki daripada turun kepada kita. Dosa-dosa juga akhirnya akan membawa kita ke neraka.
    Sebelum berfikir tentang bagaimana untuk diampunkan dosa, fikirkan dahulu bagaimana ingin menghindarkan diri darinya. Kemudian barulah kita berfikir tentang cara terampunnya dosa-dosa.
    Sama-sama kita berusaha dan berdoa agar pada bulan Ramadhan ini dosa-dosa kita dihapuskan, mendapat pengampunan Allah dan bergraduasi dari bulan Ramadhan dengan jiwa yang bersih.
    Ameen, inshaAllah.
    Artikel ini di hantar oleh Saudara Adib ‘Afifi bin Abdul Rahimseorang Pelajar Perubatan Universiti Iskandariah, Mesir.
    Nota: Diekstrak dan disunting dari khutbah Syeikh Yasir Qadhi, “10 things that saves us from hellfire”
loading...

0 Response to "10 Perkara Yang Menyelamatkan Kita Dari Azab Neraka"

Post a Comment

Didakwah