Akibat Suka Melawan Cakap Dan Maki Maknya, Jangan Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi Kepada Lidahnya!!!


Sungguh Allah Dan Rasulnya telah mengigatkan kita untuk tidak meninggikan suara kepada kedua orang tua, dengan kata lain seorang anak harus memenuhi perintah ibu bapanya selama bukan bertujuan maksiat.

Pernah berlaku dalam satu kejadian dimana seorang perempuan yang enggan untuk menuruti perintah ibunya setelah berjaya dalam hidup terputus lidah dalam satu kemalangan.

Kisahnya bermula dari si ibu yang sudah tua meminta untuk di hantar ke pasar menaiki kereta baru anaknya, namun si anak menolak dengan alasan sibuk kerja.

Dalam beberapa jam si ibu kemudian meminta tolong semula kepada anaknya untuk menghantarkannya kepasar namun si anak masih berkeras hati sehingga meninggikan suara pada ibunya.

Selang beberapa hari si ibu meminta tolong, si anak menjawab dengan nada yang membuatkan si ibu menangis.

Ketika si anak keluar dalam perjalanan ke tempat kerja, hati si anak masih membuak-buak marahkan si ibunya sampai dia menggigit gigit lidahnya, tanpa sedar, dia tidak melihat bonggol di hadapan dan terus melanggar sebuah kereta  yang tepat berada didepatnya.

Akibat dari pelanggaran itu dia tergigit lidahnya ditambah lagi dengan dagunya yang terhantuk pada stereng kereta hingga mengakibatkan lidahnya terputus.

Dia dikejarkan ke hospital Ketika dalam perjalanan dia menjerit kesakitan dan tiba-tiba perkataan yang dia maki kepada ibunya teringat-ingat di hatinya, teringat semua kembali dengan apa yang dia katakan.

Dalam jagaan pihak hospital hatinya mulai merasa bersalah, kini dia tidak mampu makan dan minum jauh lagi untuk bercakap memohon maaf dan minta ampun.

Ibunya yang datang melihatnya, memanggil si anak namun sudah tidak menjawab, hanya linangan air mata yang keluar sebagai jawaban dan dia pun menghulurkan sehelai kertas yang bertulisan

“sakit lidahku terputus tidak sesakit hatimu ibu, maafkan aku anakmu, saya berjanji akan membayar kesalahanku pada ibu. wassalam anakmu”si ibu kemudian terus memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang.

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustad dalam sebuah ceramah agama bertajuk “dosa berkata ah kepada ibu”.semoga kongsian ini menjadi pengajaran kepada semua.- eberita.org
loading...

0 Response to "Akibat Suka Melawan Cakap Dan Maki Maknya, Jangan Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi Kepada Lidahnya!!!"

Post a Comment

Didakwah

loading...