Soalan; jika saya masuk ke dalam masjid dan azan sedang berkumandang. Mana yang terbaik; saya terus solat tahiyyatul masjid atau saya menjawab azan terlebih dulu, kemudian baru lakukan solat tahiyyatul masjid?
Jawapan; Sebaiknya jawablah azan terlebih dahulu dan membaca doa setelah azan, setelah itu barulah lakukan solat tahiyyatul masjid supaya kita dapat menghimpunkan kedua-dua fadhilat; iaitu fadhilat menjawab azan dan fadhilat melakukan solat tahiyyatul masjid.
Dikecualikan pada hari jumaat apabila kita sampai ke masjid ketika azan kedua, maka sebahagian ulamak berkata; sebaiknya kita terus saja melakukan solat tahiyyatul masjid (tanpa menunggu untuk menjawab azan) agar kita dapat mendengar khutbah dari awal kerana mendengar khutbah lebih utama dari menjawab azan. Inilah yang difatwakan oleh mazhab Hanbali. Sebahagian ulamak berkata; yang afdhal kita lakukan sebagaimana yang dinyatakan awal tadi iaitu kita menjawab azan terlebih dahulu, kemudian baru lakukan solat tahiyyatul masjid agar kita memperolehi dua fadhilat. Pandangan inilah yang difatwakan oleh mazhab Syafiie.
Rujukan; 1. Fatawa as-Syabakah al-Islamiyyah (http://www.islamweb.net), no. fatwa; 33483, 1503.
loading...
0 Response to "ANTARA MENJAWAB AZAN DAN SOLAT TAHIYYATUL MASJID"
Post a Comment