Coklat LOTTE PEPERO Tiada Sijil HALAL JAKIM

Kongsikan di


Coklat Pepero tiada sijil halal

Pepero ni produk coklat dari Korea yang dikeluarkan oleh syarikat Lotte Confectionery. Ramai cakap Pepero mengandungi bahan yang meragukan. Ditambah dengan tiada status pengesahan halal dari mana-mana Badan Pensijilan Halal membuatkan status halalnya pun diragui.
Menurut JAKIM, produk Pepero tidak mempunyai pengesahan halal daripada Badan Islam negara tersebut ataupun dari Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf mahupun dari JAKIM. Justeru, pihak JAKIM pun tak dapat mengesahkan status halal produk berkenaan.

Kandungan bahan coklat Pepero
Kandungan bahan yang digunakan dalam penghasilan coklat Pepero
Menurut Sahabat Halal pula melalui status mereka di Facebook, banyak soalan diajukan berkenaan status halal coklat Pepero dari Korea ni. Kesimpulan yang dapat mereka buat adalah:
  • Didapati coklat Pepero ini tiada status halal dari mana-mana Badan Pensijilan Halal.
  • Pada kandungan produk ini mengandungi beberapa ramuan yang diragui (syubhah) antaranya WHEY POWDER, GLYCERIN, SODIUM PHOSPHATE & SHORTENING.
  • Apabila sesuatu produk mengandungi ramuan yang syubhah dan tiada pula status halal, maka wajar dielakkan produk sebegini.
Perkara syubhah ni sangat bahaya. Ada dijelaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara yang syubhah (yang masih samar-samar sama ada halal atau haram) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang menghindarkan diri daripada perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka (dibimbangi) ia akan terjatuh dalam perkara haram.
(Shahih Al-Bukhari, no. 52, 2051. Muslim, no. 1599)
Sebaik-baiknya kita elakkanlah daripada terlibat dengan benda-benda syubhah ni. Selagi coklat Pepero belum disahkan halal oleh Badan Pensijilan Halal yang diiktiraf, jangan mengada-ngada nak makan jugak (kalau dah tahu tiada pengesahan halal). Sebagai umat Islam, perkara macam ni jangan dianggap remeh atau dibuat main-main.
Semoga hidup kita semua akan dirahmati dan diredhai Allah SWT.

(Sumber: anarm)
loading...

0 Response to "Coklat LOTTE PEPERO Tiada Sijil HALAL JAKIM"

Post a Comment

Didakwah