Soalan; Assalamualaikum ustaz. Mohon bantuan pencerahan berkenaan perkara ini :
BAGAIMANA SEHARUSNYA HUBUNGAN SUAMI/ISTERI DENGAN BEKAS KELUARGA MERTUA(kes isteri/suami telah meninggal dunia)
YANG MANA BAPA DAN IBU MERTUA BEKAS ISTERI/SUAMI TELAH TIADA.
YANG TINGGAL HANYA ADIK BERADIK NYA SAHAJA.
DAN MEREKA TELAH BERKAHWIN LAIN.
PERLU TERUSKAN SEPERTI BIASA HUBUNGAN DENGAN MEREKA OR PERLU JARAKKAN DEMI KERUKUNAN RUMAHTANGGA YANG BARU. MAAF KATA, BIASALAH KALAU DAH BERKAHWIN BARU, SIKIT SEBANYAK PERLU MENJAGA BATASAN DAN HATI PASANGAN BARU.
ADA BATAS2 DALAM PERGAULAN/HUBUNGAN TAK?
KE KENA REMAIN SAMA MCM WIFE/HUSBAND KETIKA MASIH ADA?OR MCMMANA. JAZAKALLAHU KHAIRAN.
Jawapan;
Bismillah. Dari segi hukum, adik-beradik kepada suami atau isteri tidaklah mahram. Kerana itu batasan pergaulan dengan mereka sama seperti batasan pergaulan dengan ajnabi yang lain iaitu tidak boleh membuka aurat, tidak boleh bersentuhan (bersalaman), berduaan dan sebagainya.
Namun oleh kerana mereka mempunyai ikatan kekeluargaan dengan suami/isteri, maka perlulah dijaga hubungan dengan mereka kerana ia termasuk dalam pengertian berbuat baik kepada pasangan.
Apabila pasangan telah meninggal, sekalipun tuntutan menjaga hubungan dengan keluarganya tidak sebesar ketika dia masih hidup, namun digalakkan hubungan baik itu terus dipelihara terutama dengan individu yang dikasihi oleh pasangan ketika hidupnya.Sikap tersebut menjadi amalan Nabi SAW di mana setelah kematian isterinya Khadijah RA, baginda sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan orang-orang yang yang dikasihi Khadijah semasa hayatnya. 'Aisyah RA menceritakan;
"Rasulullah SAW menyembelih kambing dan menghadiahkan sebahagian dari dagingnya kepada orang-orang yang dikasihi Khadijah (yakni dari kalangan rakan-rakan atau ahli keluarganya)" (Soheh al-Bukhari, hadis no. 6004). Wallahu a'lam.
Sumber: Ilmu & Ulamak
loading...
0 Response to "HUBUNGAN DENGAN KELUARGA PASANGAN (SUAMI @ ISTERI) SETELAH KEMATIANNYA"
Post a Comment