Hukum Mencuri Duit Anak Sendiri

Kongsikan di

Assalamualaikum... Apakah hukumnya jika seorang ibu atau bapa mencuri duit anak sendiri? Berdosakah? Haramkah? atau sebenarnya boleh!

Ada ketika dan masanya, ibu bapa kesempitan wang... Masalah dan musibah yang hadir secara tidak terduga sehingga terpaksa menggunakan duit simpanan anak-anak. Begitu juga halnya apabila ibu bapa sudah tua dan tidak lagi berdaya untuk bekerja. 

Nak minta terasa segan, jadi ambillah dulu tanpa keizinan (Mencuri untuk keperluan bukan mengambil kesempatan). Namun sekiranya perkara tersebut tiba-tiba disedari oleh anak-anak, apakah yang perlu ibu bapa katakan dan lakukan? 

Ibu bapa mengajar anak-anak agar tidak mengambil wang yang bukan kepunyaaannya (mencuri) tetapi kini ibu bapa pula yang melakukannya!

Sekiranya anak-anak masih kecil atau masih di bawah tanggungan, Ianya pasti tidak menjadi persoalan tetapi bagaimana pula sekiranya ibu bapa menggunakan wang hasil titik peluh anak-anak tanpa keizinan?

Mencuri Duit Anak Sendiri

Mencuri Duit Anak Sendiri

Ikuti kisah ini... Mungkin ia boleh dijadikan panduan dan penilaian untuk dijadikan jawapan kepada persoalan serta permasalahan di atas.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw mengadukan hal ayahnya yang menggunakan wang miliknya tanpa meminta izin terlebih dulu darinya..

Rasulullah saw memanggil ayah orang itu ke hadapan Baginda. Ketika lelaki itu datang dengan tertatih-tatih bersandar pada tongkatnya, Rasulullah saw bertanya.. “Betulkah kau mengambil wang anakmu tanpa seizinnya..?”

Sambil menangis lelaki itu berkata, “Wahai Nabi Allah.. Ketika aku kuat dan anakku lemah.. Ketika aku kaya dan dia miskin. Aku tidak membelanjakan wangku kecuali untuk memberi makan kepadanya. Bahkan terkadang aku membiarkan diriku kelaparan asalkan dia makan" 

"Sekarang aku telah tua dan lemah, sementara anakku tumbuh kuat. Aku telah jatuh miskin sementara anakku menjadi kaya. Dia menyembunyikan wangnya dariku.."

"Dahulu aku menyediakan makan untuknya.. Tapi sekarang dia hanya menyiapkan makan untuk dirinya. Aku tak pernah buat seperti dia buat pada aku sekarang. Jika saja aku masih sekuat dulu, aku tetap akan merelakan wangku untuk dia.."

Ketika mendengar hal ini, airmata Rasulullah saw jatuh berlinangan seperti untaian mutiara menimpa janggutnya.

Maka Rasulullah saw pun dikatakan berkata, “Baiklah.. Habiskan seluruh wang anakmu sekehendak hatimu. Wang itu milikmu.."

Tanggungjawab Anak

Jika dulu kita menganggap duit ibu bapa sebagai duit kita, adakah salah sekiranya kini ibu bapa juga menganggap duit kita adalah duit mereka?

Sebagai seorang anak, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan memelihara kedua ibu bapa sebagaimana mereka menjaga kita dahulu. Jika sampai ibu bapa terpaksa mencuri duit untuk kelangsungan hidup... Di manakah tanggungjawab kita?

Adalah menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk memastikan segala keperluan ibu bapa itu cukup sama ada dari sudut barangan, keperluan dan wang ringgit. 

Apa yang lebih penting adalah kasih sayang serta menjadi anak yang soleh/solehah kerana ia dapat mengeratkan hubungan lalu menghindar dari berlakunya kejadian seperti ini. Semuanya berbalik kepada didikan ibu bapa terhadap anak-anaknya..

Sumber: dammahumnib
loading...

0 Response to "Hukum Mencuri Duit Anak Sendiri"

Post a Comment

Didakwah