Ingin Jadi Isteri Solehah, Ini 25 Perkara Perlu Anda Amalkan

Kongsikan di


Kita kahwin kerana inginkan kebahagiaan. Dan rumahtangga perlu dijaga bukan semata-mata kerana ia sunnah Nabi Muhamad SAW tapi juga kerana rumahtangga yang bahagia boleh jadi sumber ketenangan yang boleh jadi sebab hilangnya penat lelah kita bila bekerja seharian.

Setiap pasangan kita ada perangai yang berlainan, jadi setiap pengalaman kita dan hidup berkahwin juga berlainan. Tapi bila ditanya “orang lama”, rata-rata para isteri berikan tips-tips yang sama untuk kekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga.

Apa dia tips itu? Jom baca!

1. Ingat bahawa perkahwinan anda adalah sesuatu yang perlu dipertahankan sampai bila-bila. Bila ada masalah, cari jalan penyelasaian. Jangan mudah putus asa.

2. Pilih seseorang yang lebih tua yang anda berdua percayai untuk dijadikan tempat rujukan bila anda berdua ada masalah. Jangan tunggu sampai “retak menanti belah” baru nak minta pertolongan.

3. Jaga solat anda dan Allah akan jaga perkahwinan anda

4. Akui bila anda salah dan suami anda betul. Buang ego anda dengan kata-kata seperti “Betul cakap awak” atau “Saya tak terfikir macam itu pula”.

5. Berkejasama – semua pasangan patut bersetuju tentang tugas masing-masing dan sebagainya.

6. Beritahu dia bila anda terluka atau apa yang mengganggu fikiran anda sejak mula lagi. Jangan biarkan perasaan anda terbuku di dalam hati.

7. Sedar bahawa kadang-kadang anda tak boleh harap anda lakukan 50% usaha dan suami lakukan 50% usaha untuk jaga rumahtangga. Kadang-kadang anda kena buat 90%, kadang-kadang dia kena buat 70%. Amalkan tolak ansur dan anda tak akan kecewa.

8. Letakkan Allah sebagai yang utama. Cari redhaNya dalam semua yang anda lakukan dan Dia akan menjaga bukan saja perkahwinan malah juga seluruh hidup anda.

9. Sabar itu sangat penting

10. Dalam hidup berumahtangga, suami anda adalah keutamaan anda.

11. Ingat bahawa anda nak menjadi isteri yang baik untuk dapat ganjaran dari Allah SWT

12. Jangan besarkan perkara yang remeh-temeh

13. Jangan ungkit perkara yang lepas-lepas.

14. Kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.

15. Lelaki bukan pembaca minda, jadi jangan harap dia sentiasa akan faham fikiran anda.

16. Jangan guna perkataan yang boleh meren-rendahkan atau menyakitkan hati seperti “Memanglah!” atau “Betullah!” atau “Apa-apa aje lah!”

17. Sentiasa perfikiran positif dalam semua situasi. Bila Syaitan nak memecah belahkan masyarakat, dia akan mengganggu hubungan suami isteri kerana itu adalah asas sebuah komuniti. Jadi jangan biarkan syaitan menghasut minda anda dengan berfikir yang negative tentang suami anda.

18. Tunaikan haknya (kasih sayang, hubungan intim dan sebagainya).

19. Semakin tua seorang lelaki, semakin banyak perhatian yang dia mahukan dari isterinya.

20. Anak-anak yang baik akan bantu anda bina hubungan yang stabil.

21. Jangan tidur dalam keadaan marah

22. Kedua-dua suami dan isteri patut letakkan Islam sebagai fokus dalam perkahwinan.

23. Rancangan perjalanan hidup dan hala tuju anda sebagai suami isteri. Jangan selalu harapkan pasangan anda akan buat segalanya untuk anda tapi sama-sama usaha untuk capai cita-cita.

24. Didik hati untuk mudah memaafkan

25. Kalau anda suri rumah, jangan rendahkan diri anda. Peranan sebagai seorang isteri dan ibu yang baik boleh jadi kerja yang paling susah sekali, tapi ia juga sangat memuaskan.

(16969)
loading...

0 Response to "Ingin Jadi Isteri Solehah, Ini 25 Perkara Perlu Anda Amalkan"

Post a Comment

Didakwah