Kebakaran Merebak Ke Penempatan Haram Yahudi Di Tebing Barat

Kongsikan di

BAITULMUQADDIS: Kebakaran di sini merebak ke kawasan belukar berdekatan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang dijajah Israel hingga memaksa beratus-ratus penduduknya meninggalkan kediaman masing-masing.
Situasi itu berlaku ketika anggota bomba Israel dan Palestin dengan dibantu beberapa pesawat asing berusaha memadam kebakaran belukar yang tersebar akibat cuaca kering dan angin kencang.
Sebelum ini, lebih 80,000 penduduk Haifa yang juga  bandar ketiga terbesar di Israel dan beberapa kawasan lain telah berpindah.
Kira-kira 1,000 penduduk di penempatan Halamish dekat Ramallah terpaksa berpindah selepas 45 kediaman musnah atau rosak dalam kebakaran itu.
Kebakaran juga dilaporkan berlaku berdekatan penempatan haram Doleve dan Karnei Shomron dekat Tebing Barat.
Sejumlah pesawat pemadam api adalah dari Israel dan negara-negara seperti Rusia, Turki, Greece, Perancis dan Kanada terus menggugurkan air di beberapa lokasi termasuk Kampung Nataf dekat Baitulmuqaddis.
Sementara itu, polis Israel mengumumkan telah menangkap 14 orang kerana disyaki cuai atau mencetuskan kebakaran dengan sengaja tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut tentang identiti mereka. – AFP

Baca juga: 
Sumber: mStar
loading...

0 Response to "Kebakaran Merebak Ke Penempatan Haram Yahudi Di Tebing Barat"

Post a Comment

Didakwah