KESAN MAKAN HERBA TRADISIONAL. BAKAL IBU PERLU WASPADA!


“Selama ni, memang selalu amalkan herba tradisional untuk kesihatan dan tenaga. Tapi, lepas dah tahu mengandung takut pula nak teruskan. Ada orang kata ‘panas’ dan boleh membahayakan kandungan. Betul ke?”
Pelbagai jenis jamu dan herba seperti kacip fatimah, mas cotek, daun pegaga, teh halia, manjakani, dan kunyit adalah antara herba yang sering diamalkan untuk kesihatan wanita.
Walaupun kebanyakan herba tradisional mempunyai pelbagai khasiat yang terbukti secara turun-temurun, setiap wanita hamil perlu berhati-hati dalam mengamalkannya.

6 RISIKO HERBA TRADISIONAL KEPADA IBU HAMIL DAN BERPANTANG

Rata-rata pengguna juga berpendapat bahawa pengambilan herba semulajadi tidak akan mendatangkan kesan sampingan berbanding ubat-ubatan.
Malangnya, tanggapan ini adalah salah sama sekali. Menurut sumber dari sebuah akhbar tempatan, penggunaan risiko herba tradisional turut boleh terjadi apabila diambil secara melulu tanpa penelitian, terutamanya oleh ibu hamil dan berpantang.
Antara risiko herba tradisional ini kepada ibu hamil dan berpantang adalah:

1. MENGGANGGU INTERAKSI PERUBATAN MODEN

Jika anda disahkan mengalami sebarang penyakit yang memerlukan pengambilan ubat-ubatan secara berkala, pastikan anda memberitahu doktor apabila anda merancang untuk memulakan suplemen tradisional.
Ini kerana, ubatan herba boleh mengganggu proses penyerapan dan perkumuhan ubatan moden jika diambil pada masa yang sama.
Misalnya, terdapat herba tradisional yang mengandungi asid salisilik, boleh berinteraksi dengan ubat aspirin. Kesan ini boleh mengakibatkan risiko perdarahan terutama jika seseorang pesakit jantung mengalami luka atau menjalani pembedahan.
Menurut laman kesihatan WebMD, mengkudu dilaporkan mengandungi kandungan garam kalium yang tinggi dan membahayakan sesiapa yang mempunyai masalah buah pinggang serta mengganggu proses denyutan jantung.
Ia juga tidak disarankan untuk ibu mengandung dan menyusu badan.
risiko herba tradisional
Foto Kredit: myhealthunit.ca

2. KOMPLIKASI SELEPAS BERSALIN

Sesetengah tumbuhan herba atau ubatan tradisional itu sendiri mempunyai bahan aktif yang kadangkala boleh memberi kesan toksik atau bahaya kepada ibu mahupun janin.
Baru-baru ini viral juga dikatakan tentang bahaya pati ikan haruan dan gamat. Walaupun ia tidak tergolong sebagai herba, ia adalah ubatan tradisional yang biasa digunakan dalam masyarakat kita.
Memang tidak dinafikan bahawa ia banyak membantu dalam menyembuhkan luka, tetapi ada yang mendakwa ianya merbahaya untuk dikonsumsi oleh ibu hamil secara pembedahan caesarean. Ini kerana, segelintir wanita mendapati komplikasi di mana usus dan organ dalaman melekat antara satu sama lain akibat proses penyembuhan yang terlalu cepat.
Walaupun lebih banyak kajian diperlukan untuk menyokong fakta ini, kebanyakan doktor dan bidan yang menasihati ibu yang bersalin pembedahan untuk mengelakkan pengambilan sebarang jenis ubatan terlalu awal dalam tempoh berpantang.
risiko herba tradisional
Foto Kredit: medscape.com

3. KEGUGURAN

Tempoh 3 bulan pertama adalah tempoh janin paling sensitif. Mengikut statistik, 85% keguguranberlaku dalam fasa ini.
Antara kes keguguran yang berlaku adalah apabila seseorang mengamalkan sesuatu herba tradisional tanpa menyedari kehamilan mereka. Apabila mereka cuba berhenti, ianya sudah terlambat kerana kandungan telah mencapai umur 1 atau 2 bulan, dan herba tersebut telah memberikan kesan sehingga terjadinya keguguran.
Beberapa jenis herba mempunyai sifat aktif dan toksin manakala sesetengah herba perancang keluargamampu memberi kesan kepada kehamilan sehingga menyebabkan keguguran.
Oleh itu, jika anda masih belum dikurniakan zuriat, mengalami masalah keguguran, dan berusaha untuk hamil dengan mengamalkan herba tertentu, cuba hentikan sebentar pengambilannya dan lihat kesannya terhadap tubuh badan anda.
Foto Kredit: michelle-graves.com
Foto Kredit: michelle-graves.com

4. MENGERINGKAN SUSU BADAN

Sesetengah jamu tidak boleh diambil pada awal tempoh berpantang kerana ia boleh menyebabkan susu badan menjadi kering. Jamu jenis ini bersifat anti-laktogenik dan tidak sesuai untuk anda yang ingin meneruskan penyusuan badan.
Selain itu, jika bayi anda menghidap jaundis atau demam kuning, rujuklah doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang pengambilan herba kerana dikhuatiri akan memburukkan keadaan kesihatan anak.
risiko herba tradisional
Foto Kredit: babymed.com

5. KECACATAN BAYI

Sekiranya ubatan herba yang salah diambil dalam tempoh 3 bulan pertama, bayi yang dilahirkan mungkin akan mengalami kecacatan teruk kerana tempoh 3 bulan pertama ini adalah tempoh di mana anggota utama janin terbentuk.
Selain bahan aktif daripada tumbuhan herba itu sendiri, antara penyebab yang mengundang masalah ini adalah bahan lain yang digunakan dalam proses penghasilan produk tertentu seperti pengawet dan bahan kimia yang tidak berdaftar.
Sebuah akhbar tempatan mendedahkan penyelidikan yang diketuai oleh Prof Madya Siti Amrah ke atas tikus hamil turut menunjukkan sejenis herba tempatan yang popular telah menyebabkan janin tikus mengalami cacat pada bahagian bawah dagu dan tempurung kepala pada janin tikus tersebut.
risiko herba tradisional
Foto Kredit: youtube.com

6. KELAHIRAN BAYI TIDAK CUKUP BULAN

Ada yang mengamalkan minyak selusuh daripada minyak kelapa dan bunga kembang semangkuk selepas usia kehamilan mencecah 6 bulan kerana ingin memudahkan proses bersalin. Namun sebenarnya, masih banyak kajian lanjut yang diperlukan untuk mengukuhkan fakta tersebut.
Walaubagaimanapun, risiko herba tradisional ini amat menakutkan jika ia disalahguna. Menurut paparan yang dikongsikan melalui blog Dr Zubaidi, ia boleh menyebabkan pengecutan rahim yang berlebihan dan berlaku sebelum masanya. Seterusnya, mengakibatkan masalah kekurangan oksigen, atau kelahiran bayi ‘tidak cukup bulan’.

risiko herba tradisional
Foto Kredit: sublimemagazine.com

PILIH HERBA TRADISIONAL YANG SELAMAT, ELAK DOS BERLEBIHAN

Kesimpulannya, walaupun risiko herba tradisional masih boleh berlaku walaupun terbukti mempunyai banyak khasiat.
Maka, semaklah terlebih dahulu tentang sesuatu ubatan tradisional dengan merujuk doktor, klinik, badan profesional, atau Portal Kementerian Kesihatan Malaysia. Pastikan ada maklumat yang sahih tentang kesan kepada kehamilan. Mulakan dengan dos yang kecil untuk mengelak sebarang kesan yang ekstrim.
Jika anda mengambilnya dalam keadaan anda tidak hamil, pastikan anda peka dengan kitaran haid serta sebarang tanda-tanda kehamilan supaya pengambilan ubatan tradisional dapat dipantau sepanjang kehamilan tersebut.
Jangan lupa nyatakan kepada doktor tentang pengambilan apa-apa suplemen herba sepanjang kehamilan.

SUMBER: NAZURAH HASSAN
loading...

3 Responses to "KESAN MAKAN HERBA TRADISIONAL. BAKAL IBU PERLU WASPADA!"

Didakwah