KESILAPAN DALAM MEMILIH NAMA ANAK-ANAK! BERHATI HATILAH WAHAI IBU DAN BAPA

5 KESILAPAN MEMILIH NAMA BAYI ISLAM. JANGAN SEKADAR IKUT ‘TREND’

Berikut adalah beberapa kesilapan yang mungkin ibu bapa terlepas pandang dalam keterujaan memilih nama bayi Islam.

1. MENGUTAMAKAN SEBUTAN BERBANDING MAKSUD

Rata-rata ibu bapa mendahulukan sesebuah nama yang canggih, unik, menarik perhatian, dan sedap didengar berbanding ‘makna baik’ yang sepatutnya diutamakan.
Menurut Mohd Shahrizal Nasir, Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA menerusi Sinar Harian, “Apabila soal sedap didengar ini diutamakan, maka akan timbullah seribu satu sebutan nama yang dicedok dari sini sana. Dan biasanya, selepas nama itu dipilih, maka langkah seterusnya ialah untuk mendapatkan pengesahan “rasmi” daripada ustaz dan ustazah. Perkara ini perlu diperbetulkan,” katanya.
Sebaliknya, ibu bapa dianjurkan untuk mengutamakan nama bayi islam yang memiliki maksud yang elok berbanding sebutannya. Jika perlu berbincang, mintalah pandangan sewaktu awal proses pemilihan lagi supaya tujuan ibu bapa menjadi lebih jelas dalam mendapatkan maksud yang baik .

2. NAMA TERLALU PANJANG

Ibu bapa dinasihatkan agar tidak memberikan nama yang terlalu panjang sehingga mencecah 3-4 perkataan. Bayangkan jika di tadika, anak-anak akan mula disuruh mengeja nama masing-masing. Apabila nama ini terlalu panjang, tentulah sukar bagi anak untuk mengingat dan menulisnya kelak.
Seperkara lagi, dikhuatiri pemberian nama yang panjang kepada si anak akan menyebabkan timbul nama singkatan untuk si anak yang mungkin membawa maksud-maksud negatif yang tidak kita ketahui.
Jadi, apa gunanya nama-nama panjang yang diberikan sekalipun membawa maksud yang baik kerana akhirnya nama panggilan tersebut juga yang ‘melekat’ padanya.
nama bayi islam
Foto Kredit: forum.viva.co.id

3. MENGGUNAKAN EJAAN YANG SUKAR

Sekarang ini memang ‘trend’ ibu bapa memilih nama dengan ejaan alternatif yang aneh agar kelihatan‘stylo’ atau lain daripada yang lain. Contohnya nama Qisya yang kadangkala dieja Qiesya, Qeesya, Keisha atau Qiisyha.
Hal ia bukan sahaja akan membebankan si anak untuk membawa nama itu, tetapi turut menyusahkan pihak yang berurusan dengan si anak nanti. Dalam jangka masa panjang, mungkin anak-anak akan berdepan dengan masalah melibatkan nama khususnya dalam urusan rasmi.
Bahkan, ia mungkin akan menghilangkan ‘connection’ terhadap maksud nama asal apabila orang luar sering silap menyebutnya.
sunat bayi perempuan
Foto Kredit: weheartit.com

4. TERPENGARUH DENGAN ‘TREND’

Masyarakat Malaysia sering dilihat terpengaruh dengan nama bayi yang kedengaran Barat seperti Hannah, Noah, Sofea, atau Danish. Memang tidak ada salahnya menggunakan nama bukan Arab, selagi ianya mempunyai erti yang baik. Cuma dalam konteks Malaysia, digalakkan memilih nama agar sesuai untuk semua keadaan supaya ia serasi dengan bahasa Arab kerana ia sering menjadi rujukan masyarakat kita.
Menurut sumber, nama salah seorang isteri Rasulullah adalah Mariyah dan nama ini lazim digunakan bangsa Qubti (Coptic).
Selain itu, nama terdahulu juga banyak diambil daripada nama tumbuhan, seperti Tahlah, Salamah, Hanzalah, atau juga nama-nama haiwan yang elok sifatnya seperti seperti Asad. Jika tidak pasti dengan maksudnya, terokailah nama-nama tokoh Islam dan para alim ulama. Sememangnya kita dianjurkan memilih nama bayi Islam begini supaya dapat mengikut jejak keteladanan mereka. Mudah pun mudah, bukan?
nama bayi islam
Foto Kredit: thebump.com

5. NAMA YANG TERLALU MENGAGUNGKAN

Dalam obsesi terhadap nama-nama Arab, mungkin ada yang tidak perasan bahawa sebagai seorang Islam kita tidak seharusnya memilih nama-nama yang terlalu mengagungkandan hanya layak digunakan oleh Allah. Kitab Tarbiyah al-Awlad, Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan menyebutkan bahawa tidak dibenarkan memberi nama yang secara langsung merujuk kepada Allah seperti Ar-Rahman (Yang Maha Pengasih), Al-Khaliq (Yang Maha Pencipta).
Tapi sifat-sifat tersebut boleh digunakan bila tidak dilengkapi tanda makrifah (Al-) pada awalnya, misalnya Aziz dan Hakim (bukannya Al-Aziz atau Al-Hakim). Selain itu, dianjurkan untuk memberi nama yang merujuk kepada hamba Allah seperti penggunaan perkataan Abdul / Abdullah pada awalnya seperti Abdul Rahman (Hamba Allah Yang Maha Pemurah).
Sebuah hadis menyebutkan:
“Nama yang paling dibenci Allah di akhirat adalah nama orang yang menyebut dirinya Raja Di Raja, karena Allah adalah raja segala raja.” (Hadis Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan At-Tirmidzi).
doa selepas solat fardhu
Foto Kredit: theguardian.com

NAMA ADALAH DOA

Apabila setiap hari anak-anak disebut dengan nama panggilan yang diberikan, tentulah sedikit sebanyak ia akan ‘meresap’ sebagai identiti seseorang. Maka, ibu bapa hendaklah tahu maksud nama bayi Islam yang dipilih beserta tujuannya kerana ia bakal menjadi doa buat si anak.
Dalam hal ini, kita dapati bahawa Rasulullah SAW sangat cermat dalam urusan memilih nama dan pernah menggantikan nama yang kurang elok dengan nama yang baik seperti nama Aasiyah (pembangkang) menjadi Jameelah (cantik, indah).
Namun, jangan kita terlalu cepat mengandaikan nama orang sebagai buruk maknanya atas bahasa yang kita faham sedangkan dia mungkin merujuk kepada bahasa lain. Sebaik-baiknya, rujuklah golongan ulama sekiranya timbul persoalan yang meragukan.
SUMBER:NAZURAH HASSAN
loading...

0 Response to "KESILAPAN DALAM MEMILIH NAMA ANAK-ANAK! BERHATI HATILAH WAHAI IBU DAN BAPA"

Post a Comment

Didakwah

loading...