Sayu saya lihat saudara kita di Itali solat. SUNGGUH MENYEDIHKAN!!

Di Itali hanya terdapat  masjid rasmi. Sungguhpun Masjid Rom adalah masjid yang terbesar di Eropah, majoriti penganut Islam yang tidak tinggal di Rom terpaksa bersolat di dalam "masjid" sementara. Ianya dibina di dalam rumah kedai, kawasan kilang, bilik belakang dan kawasan lapang. Pembinaan masjid baru dihalang oleh pihak berhaluan kiri yang mempertahankan kesucian agama Katolik. Beberapa pemintaan membina masjid berjaya dihalang oleh pihak Lega Nord yang merasakan pendatang beragama Islam tidak seharusnya berani meminta membina rumah beribadat agama yang mereka katakan adalah teroris. Penentang pembinaan masjid di Itali kerap menggunakan alasan di dalam Al Quran ada tertera orang Islam boleh beribadat di mana-mana dan tidak memerlukan bangunan masjid khas. Maka bersolatlah umat Islam di dalam masjid-masjid sementara yang sangat menyedihkan rupanya.

Yang menariknya di Malaysia pembinaan gereja juga sering mengalami masalah yang sama terutamanya mereka yang menganut mazhab Kristian bukan katolik. Apabila gereja dibina pasti akan terbaca golongan tertentu yang menganggap ianya seperti mencabar penganut agama A dari bangsa B. I believe the same people who are against the building of churches in Malaysia akan merasakan tindakan Lega Nord Itali sebagai kurang ajar dan menghalang kebebasan beragama umat Islam Italin. Therein lies the irony and  hypocrisy.




Sumber: BlogSerius
loading...
Loading...

0 Response to "Sayu saya lihat saudara kita di Itali solat. SUNGGUH MENYEDIHKAN!!"

Post a Comment

Didakwah