3 GOLONGAN HAMBA YANG SANGAT DICINTAI ALLAH



Dalam hadis qudsi ada disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan yang paling dicintai Allah SWT iaitu:
  • Allah mencintai orang yang tawadhu, tetapi Allah sangat mencintai orang kaya yang tawadhu
  • Allah SWT mencintai orang yang pemurah, tetapi Alllah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah
  • Allah sangat mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat mencintai orang muda yang bertaubat.
Tiga golongan  yang dibenci Allah ialah:
  • Allah SWT membenci orang yang takabbur, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takabbur
  • Allah SWT membenci orang yang bakhil, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil
  • Allah SWT membenci orang yang tidak mahu beraubat, tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.
Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya 
Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu" : 
  • Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu
  • Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu
  • Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu
  • Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa
  • Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut
  • Lupakan budi baikmu terhadap orang lain
  • Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu 

SUMBER: MELUR HASANAH
loading...

0 Response to "3 GOLONGAN HAMBA YANG SANGAT DICINTAI ALLAH"

Post a Comment

Didakwah

loading...