Ada beberapa nama Iblis yang mempunyai sumber yang sahih iaitu dalam hadis riwayat Abdullah bin Muhammad bin Ubaid daripada Mujahid.
“Iblis mempunyai lima anak, masing-masing diberi tugas, iaitu Thabur, A’war, Masuth, Dasim dan Zalambur. Thabur berurusan menggoda orang yang ditimpa musibah agar meratap, mengoyak-ngoyak pakaian dan meratap ratapan jahiliah: A’war ditugaskan menggoda manusia melakukan zina. Masuth ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah. Dasim pula menggoda suami agar marah isteri, manakala Zalambur, menyemarakkan manusia agar menipu ketika di pasar”.
Dalam artikel Dr. Amran Kasimin, dalam kitab Raji Al-Asmar iaitu Al-Jin, ada menyebut nama Al-Ghaddar, Al-Khabil dan Al-Hajis iaitu nama-nama jin jahat yang mengganggu manusia.
Al-Khabil misalnya dirujuk sebagai jin yang merasuk manusia yang boleh menyebabkan gila, Al-Hajis ialah jin khas yang boleh menyebabkan manusia berasa waswas, dan juga yang membisikkan telinga manusia agar timbul waswas.
Nama jin lain yang disebut ialah At-Tabi’ ataupun Qarin, yang hidup bersama dengan manusia, ia terdiri daripada lelaki dan perempuan, manakala Al-Hatif ialah jin yang suaranya dapat didengar oleh manusia tetapi tidak dapat dilihat.
Jin yang dinamakan Al-Amir tinggal di tempat tertentu di tempat tinggi seperti di kemuncak gunung, di lembah-lembah, rumah yang ditinggalkan, di kubur atau di bumbung rumah.
Nama lain ialah Asy-Syaqq iaitu syaitan yang boleh menjelma separuh bentuk manusia yang kadang-kadang mengganggu manusia ketika musafir keseorangan.
Nama lain yang lebih dikenali ialah al-Wilha, iaitu golongan jin yang mengganggu manusia ketika mengambil air sembahyang, menyebabkan seseorang itu mengambil wuduk berulang kali.
Manakala Khanzab ialah syaitan yang mengganggu manusia ketika mendirikan sembahyang, menyebabkan seseorang itu berniat berulang kali, memesongkan ingatan manusia kepada peristiwa di luar sembahyang menyebabkan hilang rasa khusyuk.
Demikianlah beberapa info mengenai perihal Jin, Iblis dan Syaitan.
Sama-samalah kita renungkan bagi memperbaiki mutu amalan kita di samping mengurangkan sedikit demi sedikit amalan buruk kita selama ini. Insya-Allah.
Wallahu a’lam.

loading...
Related Posts :
Kenapa Wanita yang Sering Beribadah Ini Masuk Neraka? Ini Puncanya.. Menjadi rutin harian seorang Islam, ibadah merupakan kewajiban manusia untuk menyembah Allah sebaga… Read More...
Mendoakan Orang yang Memberi Buka Puasa Bulan Ramadhan, bulannya orang-orang berlomba dalam kebaikan. Salah satu kebaikan tersebut adalah… Read More...
Keadilan dalam Islam - Kisah Khalifah Ali bin Abu Talib yang Kehilangan Baju Besi " Dalam perang Siffin, Khalifah Ali bin Abi Talib kehilangan baju besinya. Beberapa hari ke… Read More...
Nauzubillah Min Zalik! Inilah Golongan Yang Dijanjikan Tikar dan Selimut dari Neraka SIAPA yang menginginkan tinggal di neraka? Tentu tidak semua orang mahukannya. Sebab, kita telah … Read More...
Dahsyatnya Sedekah di Bulan Ramadhan Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah mel… Read More...
0 Response to "5 Anak Iblis Yang Ditugaskan Mengganggu Manusia"
Post a Comment