[VIDEO] 500 Alas Kaki Mengandungi Ayat Suci Al-Quran Disita


MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu di sebuah gudang pembekal barang keperluan rumah di sini hari ini yang membawa kepada penemuan alas kaki mengandungi lapisan kertas ayat-ayat suci al-Quran di dalamnya.

Pemeriksaan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka dan polis itu dibuat ekoran kejadian viral sekeping gambar alas kaki mengandungi ayat al-quran yang dimuat naik di laman sosial Facebook oleh seorang pengguna minggu lalu.

Ketua Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, pemeriksaan di premis mendapati kira-kira 500 alas kaki mengandungi kertas tertera ayat-ayat suci al-Quran sebelum kesemuanya dirampas untuk siasatan.

"Hasil pemeriksaan mendapati alas kaki yang dibekalkan dari Indonesia ini mengandungi kertas ayat-ayat suci al-Quran dan kita menyita kesemuanya mengikut Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka kerana menghina agama," katanya. - K! ONLINE

loading...
Loading...

3 Responses to "[VIDEO] 500 Alas Kaki Mengandungi Ayat Suci Al-Quran Disita"

Didakwah