Bacalah Doa Naik Kenderaan Demi Keselamatan

Setiap muslim / muslimah hendaknya memperbanyak doa dalam segala urusan dunia dan akhirat. Antaranya bacalah doa naik kenderaan sama ada ketika menggunakannya di jalan raya, laut atau udara. Selain daripada itu antum mestilah beradab dalam perjalanan, mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan.
.

Doa Menaiki Kenderaan Darat

.
Kini kenderaan semakin banyak berada di jalan raya, maka sebelum memulakan perjalanan menggunakan kenderaan , bacalah Basmallah dan doa naik kenderaan darat berikut: 
Doa naik kenderaan darat
.
.

Doa Menaiki Kenderaan Laut Dan Udara

 .
Bagi yang selalu menggunakan kenderaan laut dan udara, bacalah doa naik kenderaan ini supaya antum selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju.
Doa Menaiki Kenderaan Laut Dan Udara
.
.

Amalan Sunnah Dalam Perjalanan

.
Disepanjang perjalanan antum disunnahkan membaca takbir ketika bertemu kawasan mendaki dan membaca tasbih apabila menuruni kawasan bukit tetapi makruh menyaringkan suara bacaan tersebut.
.
Pastikan juga diri antum sentiasa berfikiran positif dan tenang. Bersedialah dan berwaspada dengan perkara-perkara yang di luar jangka dan bakal berlaku seperti kemalangan, kesesakan dan sebagainya. Banyakkan bersabar dan elakkan dari mengeluar kata-kata negatif yang akan menjerumus antum bersifat yang dibenci Allah سبحانه وتعالى.
Paling baik jika antum basahkan bibir dengan memuji-muji nama Allah سبحانه وتعالى dan berselawat kepada Rasulullah ﷺ. Pasang zikir-zikir, istighfar dan selawat di dalam kenderaan.
Dan paling penting, sentiasa ingat dan berharap kepada Allah سبحانه وتعالى semoga perjalanan antum selamat.

مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَہۡدِ قَلۡبَهُ ۥ‌ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(Surah al-Taghabun 64: Ayat ke-11)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

وَالسَّلاَمْ

.
loading...

0 Response to "Bacalah Doa Naik Kenderaan Demi Keselamatan"

Post a Comment

Didakwah