CARA CARA UNTUK REDHA

Kongsikan di

untuk redha
bagaimana untuk redha?
[ Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman. ]
Ali Imran ayat 139
Bicara tentang formula redha, saya sendiri seakan tergagap untuk berbicara tentang, sedang diri sendiri masih bersoal jawab dengan hati sendiri.
Apakah diri ini sendiri sudah benar-benar redha atas ketentuan ilahi?
Hanya hati sendiri ada jawapannya, Redha?
Apa yang kita faham tentang redha. Redha apa bila kita tidak lagi bertanya kenapa.
Jujur saya katakan memang bibir mudah melafaz redha. aku redha.
Tapi hakikat hati sendiri yang tahu. Redha itu payah nak dapat.
Mungkin kita mula belajar untuk redha, tapi dalam tempoh belajar untuk redha itu pasti ada ujian untuk melihat keteguhan iman kita pada Allah.
Kita manusia biasa, bukan kita tak pernah  berusaha untuk redha namun hakikat untuk mendidik hati sendiri itu jauh lebih payah dari mendidik hati orang lain, kadang ego kononnya aku redha.
Tapi bila datang lagi ujian mengeluh lagi, Ya Allah kenapa aku.

Bagaimana Untuk Redha?

Nak redha, satu kita kena percaya bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya, sudah tertulis dalam rencanaNya sejak dulu lagi.
Cuba tanam sifat “berbaik sangka” pada Allah. Terus terang saya cakap bersangka baik saya ujian datang bertimpa-timpa itu sukar, kerana saya pernah  melalui fasa itu.
Fasa dimana bibir ini bertanya pada Allah mengapa semua ini terjadi, saat air mata mengalir, menerima hakikat kehidupan yang tak selalu indah.
Hikmah, teringat pada kata-kata seorang adik disampaikan oleh sahabat saya. “akak, setiap kali Allah ,menguji, adik tercari-cari hikmah apa yang Allah nak bagi”.
Allahu saya tersentak dengan kata-kata itu, lemahnya saya. Mulai hari tu, saya cuba ambik ibrah dari kata-kata itu.

Untuk redha, tidak semudah yang disangka..

Tapi tak semudah tu. Setiap kali ujian melanda, cuba positive, ada hikmah ini, jangan biarkan kesedihan tu menutupi segalanya. Sampai tak nampak hikmah dan nikmat yang lain.
Menangis itu tak salah sedih itu tak salah. Tapi satu aje, percaya pada Allah.
Percaya dengan kasih sayang Allah. Senyum.
Alhamdulillah, kata orang alah bisa tegal biasa, bila terbiasa dengan ujian Allah lama-lama terbiasa ditarbiah. Lama-lama kita akan semakin positive.
Sesukar mana pun ujian itu, kita akan nampak hikmahnya. Indah bila hati benar-benar redha. benar -benar ikhlas.
Bila sapa ujian biar masih mengukir senyum walau dimata terlihat sayu, walau bibirnya pucat tak berdarah, namun senyuman ikhlas itu mengindah segalanya.
Senyuman saya ini untuk mu sahabat. Qawiyy! Senyum.
Ya Allah, sesungguhnya setiap rencanaMu, pasti ada hikmahNya. Dunia sementara. Ujian sementara. Derita sementara.
Syurga kekal. Nikmat kekal. Bahagia kekal. Hanya disyurga.
Kuatkan langkahan mujahadah, moga hati istiqamah sentiasa.
Redha itu mudah, saat hati kau tak lagi mempersoalkan ketentuanNYa. Menerima dengan berlapang dada. InsyaAllah kamu boleh sahabat. Doakan saya juga.
Andai  selama ini Allah uji kamu mampu laluinya, sekarang DIA uji lagi takkan nak mengalah, kalau awak tak mampu sungguh takde awak yang sekarang ni.
Sungguh DIA takkan menguji dengan ujian itu.
******
SUMBER: CAHAYAKEHALUSANKELEMBUTAN
loading...

0 Response to "CARA CARA UNTUK REDHA"

Post a Comment

Didakwah