Haram Menjual/ Mempromosikan atau Menggunakan Insuran Konvensional Yang Mempunyai Unsur Riba


Keputusan: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 1/2010 yang bersidang pada 02 Mac 2010M telah memutuskan seperti berikut:

“Orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan berasaskan dalil :

i. Surah Al-Maidah ayat 2

 Maksudnya : “ ... dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan    dan   bertaqwa,   dan   janganlah   kamu bertolong-      tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan, dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab siksanya 9 bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)”.

ii.  Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi telah melaknat pemakan harta riba’ dan seluruh yang terlibat dalam urusan tersebut;

Maksud hadis : Rasulullah S.A.W melaknat pemakanan riba’ , pemberi makannya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi S.A.W bersabda : semuanya sama-sama dilaknat.

Sumber:http://www.muftiselangor.gov.my/
loading...

0 Response to "Haram Menjual/ Mempromosikan atau Menggunakan Insuran Konvensional Yang Mempunyai Unsur Riba"

Post a Comment

Didakwah