Penyakit ‘Ain Cara Merawatnya


Apa Itu Penyakit ‘Ain?

Ain ialah: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu.

Dalam hadis Musnad Ahmad “Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”. (Hadis Riwayat Ahmad no: 9668)

Kadang orang tua merasa panik dan merasa aneh ketika tiba-tiba permata hatinya menangis terus sepanjang hari tanpa ada sebab yang pasti, sakit….tidak juga, digigit serangga pun tidak. Lalu…?

Penyakit yang diderita anak-anak tidak semuanya boleh di kesan dengan ilmu kedoktoran. Ada juga sebab syar’i iaitu penyakit ‘ain. Sebagaimana pernah terjadi di zaman Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam. Baginda pernah melihat anak perempuan di rumah Ummu Salamah isteri baginda. Di wajah anak itu ada warna kehitaman. Baginda kemudian berkata kepada Ummu Salamah,
“Ruqyahlah dia, kerana dia terkena ‘ain.” (H.R Bukhari dan Muslim)

Di hadis yang lain juga diceritakan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah menyuruh anak-anak pamannya untuk diruqyah kerana badannya kurus-kurus seperti anak yang kekurangan.

Penyakit ‘ain atau pandangan mata adalah pandangan seseorang terhadap sesuatu yang dianggap menakjubkan disertai dengan rasa dengki, sehingga mengakibatkan bahaya terhadap yang dipandangnya.

‘Ain juga dapat terjadi dari pandangan yang penuh kekaguman tanpa disertai rasa dengki, bahkan boleh terjadi dari orang yang solih. Sebagaiman pernah terjadi pada sahabat Nabi, Sahl bin Hunaif yang terkena ‘ain dari sahabat yang lain, iaitu Amir bin Rabiah.

Penyakit ‘ain itu benar-benar ada dan bukan khurafat yang dihubung-hubungkan dengan pujian. Sebagaiman anggapan sebagian besar masyarakat Melayu bahwa pujian kepada seorang anak akan menyebabkab sakit.

Hakikat Al-Ain :

Rasulullah SAW pernah mengesahkan tentang al-ain di dalam beberapa hadis antaranya :

1 - "Mintalah pertolongan kepada Allah daripada Al-AIn (mata jahat) kerana ia adalah benar". (Hadis Riwayat daripada Aisyah)

2 - "Al-Ain adalah benar, jika ada sesuatu yang mendahului qadar, ia akan didahului oleh al-ain. Apabila diminta bagi mandi, maka mandilah". (Hadis Riwayat Muslim).

Jadi bukan pujian yang menyebabkan kesan buruk bagi anak yang dipujinya, melainkan bermula dari pandangan mata sang pemujinya, baik pujian itu kerana ada rasa iri atau kerana benar-benar ada kekaguman.

Tindakan Mencegah Terhadap Penyakit ‘Ain

Para ibu bapa hendaknya berusaha melindungi buah hatinya agar terhindar dari penyakit ‘ain, dengan cara:

1. Melindungi diri dan anaknya dengan membaca ruqyah-ruqyah yang diajarkan dalam Islam dan membaca doa :

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan, binatang berbisa, dan dari setiap mata yang jahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

2. Juga membaca doa yang digunakan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam untuk melindungi Hasan dan Husain :

“Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala syaitan, binatang yang berbisa, dan pandangan mata yang jahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Siapapun orangnya jika melihat sesuatu yang baik ada pada dirinya, anaknya, hartanya atau yang lainnya yang menakjubkan dirinya, hendaklah membaca doa :

“ Masya Allah (atas kehendak Allah), tidak ada kekuatan melainkan hanya dengan (pertolongan) Allah. Ya Allah, berikan berkah padanya.”

4. Sebaiknya ibu bapa tidak mengungkapkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki anaknya, kerana hal itu dikhawatirkan akan menimbulkan iri pada orang lain.

Apabila Terkena ‘Ain.

Saat anak kita mengalami sakit dan ternyata sakitnya kerana ‘ain, maka:
Jika pelakunya diketahui, maka orang tersebut diperintahkan untuk berwuduk. Bekas wuduk orang tersebut digunakan untuk memandikan anak yang terkena ‘ain.

Tapi jika tidak diketahui perbanyak membaca surat Al-Ikhlas, muawwidzatain (An-Nas dan Al-Falaq), Al-Fatihah, ayat Kursi, 2 ayat terakhir surat Al-Baqarah, dan mendoakan dengan doa-doa yang disyariatkan.

Membaca pada air disertai tiupan, kemudian diminumkan pada anak yang sakit dan sisanya disiramkan ke tubuhya, atau dibacakan pada minyak dan minyaknya di lumurkan ke tubuhnya. Lebih baik lagi jika bacaan itu dibacakan pada air zam-zam.

Ibu bapa mana yang tidak ingin anaknya dapat tumbuh dengan sihat dan selamat. Oleh itu perlu bagi ibu bapa untuk senantiasa memperhatikan keadaan jasmani mahupun sikolagi anaknya, baik ditinjau dari sisi kedoktoran secara umum atau secara syar’i.

Oleh itu, untuk mengelakkan al-Ain, digalakkan menyebut zikir apabila melihat sesuatu yg mengkagumkan. sebagaimana saranan al-Quran:

Firman Allah SWT maksudnya, “Dan mengapakah tidak apabila kamu memasuki kebunmu, kamu berkata: Masya Allah, La haula wala quwwata Illa Billah”. (Surah al-Kahfi ayat 39)

Al-Ain itu adalah penyakit, dan diubati dengan cara yang diajar oleh Nabi SAW sebagaimana disebut dalam hadis spt kisah Sahl bin Hunaif , dan lain-lain iaitu memandikan si mangsa Ain dengan air basuhan atau air wuduk si pengena Ain itu.

Boleh juga diubati dengan cara RUQYAH, sebagaimana Nabi SAW memerintahkan Aisyah supaya mengambil ruqyah untuk penyakit Ain. -Sahih Bukhari dan Muslim. dan dalam hadis lain “Tiada ruqyah melainkan untuk penyakit Ain dan sengatan binatang bisa”. (Hadis Riwayat Bukhari (no: 5378) dan Muslim (no: 220).

Wallahu a’lam.
loading...

0 Response to "Penyakit ‘Ain Cara Merawatnya"

Post a Comment

Didakwah

loading...