Jangan Tunggu Sampai Kaki Dipotong, 5 Tanda-Tanda Kencing Manis Ini Perlu Anda Tahu

Kongsikan di


Semakin meningkat usia, semakin banyak penyakit yang datang untuk mereka yang tidak mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Abang nak sarankan kepada semua supaya sentiasa melakukan check-up kesihatan di klinik mahupun hospital untuk memastikan kesihatan kita sentiasa dalam keadaan yang terbaik.

Anatara penyakit yang kerap melanda golongan pertengahan umur adalah kencing manis ayang dikaitkan dengan denagn obesiti. Jom kita kenali tanda tanda jika anda mempuanyai penyakit ini.

Apa punca kencing manis?

Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:

Berlebihan berat badan / kegemukan.
Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
Peningkatan umur.
Bangsa – Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

Tanda Kencing manis.

Berikut disenaraikan 5 gejala atau tanda awal penyakit kencing manis yang utama yang boleh anda perhatikan pada diri dan juga kepada ahli keluarga agar langkah awal dapat diambil samada dengan mendapatkan nasihat doktor pakar atau dengan mengawal pemakanan.

1. Kerap dahaga dan kerap kencing pada waktu malam
Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula, selalu ke tanda untuk kencing. Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam. Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

2. Berat badan menyusut secara drastik
Pelik atau tidak? Makan macam biasa, tetapi berat badan menurun? Inilah antara tanda kencing manis. Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

3. Jarak penglihatan menurun
Jangan ingat tidak nampak itu disebabkan rabun. Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas. Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

4. Sering kebas pada tangan dan kaki
Antara tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

5. Luka yang lambat sembuh.
Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”. Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka yang di alami.

Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.
loading...

1 Response to "Jangan Tunggu Sampai Kaki Dipotong, 5 Tanda-Tanda Kencing Manis Ini Perlu Anda Tahu"

  1. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0

    ReplyDelete

Didakwah