Ketuat ? Hilangkan Dengan 5 Cara Ini


Kalau sebut pasal ketuat mesti terbayangkan benjolan kecil yang sering kali muncul di tapak kaki atau pun di tapak tangan. Kadangkala sampai berkurun lamanya menantikan agar ketuat tersebut tanggal. Jika tidak dirawat kemungkinan besar ianya akan merebak dan membesar. Di sini ada beberapa cara dan juga petua untuk menghilangkan ketuat.

1. Sapukan getah dari pelepah betik yang baru dipetik dari pokok ke atas ketuat yang timbul. Hendaklah dilakukan beberapa kali sampai ianya mengering dan tertanggal sendiri.

2. Celupkan lidi ke minyak masak yang panas dan titikkan ke atas ketuat dan biarkan ia kering. Lakukan lah ia sehingga beberapa kali sehingga ketuatnya hilang.

3. Boleh juga sapukan kapur sirih ke atas ketuat sehingga ianya mengering dan tertanggal sendir. Hendaklah dilakukan beberapa kali.

4. Ubat nyamuk juga ada kegunaannya untuk hilangkan ketuat. Cuma bancuh abunya dan sapukan di ketuat dan biarkan kering. Juga hendaklah dilakukan beberapa kali.

5. Daun kesum ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan garam halus. Kemudia disapukan kepada ketuat  beberapa kali sehingga ianya kering dan tertanggal sendir.

Apa pun segala cara-cara diatas adalah petua yang boleh diguna pakai. Namun jika ianya semakin melarat, hendaklah ia dibawa kepada pihak yang pakar untuk rawatan susulan.
loading...

0 Response to "Ketuat ? Hilangkan Dengan 5 Cara Ini"

Post a Comment

Didakwah