Selalu Makan Makanan Mentah, Cacing 1.88 meter Panjang Di Tarik Keluar Daripada Mulut

Oleh Syazwan Aizad. Sumber CNN
Pelik tapi benar, kes yang terjadi di New Delhi, India apabila seorang doktor yang menjalankan pembedahan berjaya menarik keluar seekor cacing pita berukuran 1.88 meter panjang daripada mulut seorang pesakit.

Lelaki ini dikatakan mula mengalami sakit pada bahagian perut sejak 2 bulan lalu, sebelum segera dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan.
Doktor yang merawat pesakit berkenaan memasukkan kamera melalui mulut pesakit hingga ke bahagian atas perut dan terkejut apabila menjumpai seekor cacing pita yang masih hidup.

Mereka segera menarik keluar cacing berkenaan keluar. Proses membawa keluar cacing itu mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit.


loading...

0 Response to "Selalu Makan Makanan Mentah, Cacing 1.88 meter Panjang Di Tarik Keluar Daripada Mulut"

Post a Comment

Didakwah

loading...