TIADA HALANGAN ANTARA MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM UNTUK BERTUKAR DARAH ATAU ORGAN -MUFTI


Tiada batas bagi seorang penderma organ atau darah antara yang Muslim dengan bukan Muslim, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Ini adalah kerana, organ manusia adalah tidak boleh dibezakan mengikut agama bahkan ia adalah bersifat sebagai ‘alat’ atau medium yang dimanfaatkan untuk menyokog kehidupan seseorang manusia.
“Apabila organ daripada insan yang bukan Muslim dipindah masuk ke dalam tubuh si Muslim, organ itu kemudian telah menjadi sebahagian daripada anggota individu yang berkenaan.
“Kemudian organ itu pula digunakan berdasarkan tujuan dan perintah Allah s.w.t”, tambahnya.
Jelas mufti lagi, sesungguhnya Allah telah memuliakan kejadian manusia tanpa mengira darjat, agama mahupun jantina.
Bagi isu menerima darah daripada penderma bukan Muslim yang telah memakan makanan yang jatuh pada hukum haram seperti daging khinzir dan sebagainya, ia adalah tindakan yang dibenarkan di dalam Islam.
Selain itu, isu ini pernah dibincangkan dalam mesyuarat terdahulu pada 13 hingga 14 April 1982 bahawa hukum pemindahan organ telah dihurai secara panjang lebar dalam Bayan Linnas di sini [muftiwp.gov.my].
Hukum pemindahan organ adalah Harus dan tiada halangan untuk menerima organ mahupun darah daripada penderma yang bukan Muslim.
SUMBER:WANISTA
loading...

0 Response to "TIADA HALANGAN ANTARA MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM UNTUK BERTUKAR DARAH ATAU ORGAN -MUFTI"

Post a Comment

Didakwah

loading...