'Couple' Beregu Lawan Badminton 'Halal'. Tapi 'Couple' Bercinta Tanpa Batasan 'Haram'?? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Kongsikan di



Rata-rata hari ini, sebelum berumah tangga setiap pasangan lelaki dan perempuan itu agak bebas ke sana ke mari. Kadangkala perlakuan ‘couple’  yang dilabel urban ini agak menjengkelkan seperti makan bersuap, berpegangan tangan tanpa segan ataupun duduk di kerusi secara berdekatan.

Tiada perasaan malu walaupun melakukan perlakuan tidak senonoh di tempat terbuka. Masalahnya apakah mereka ini pasangan halal atau sebaliknya. Bolehlah kita dalam erti kata ‘couple’ sebelum ambil keputusan untuk berkahwin.

Menurut jawapan Ustaz Azhar Idrus, 'couple' berasal dari bahasa Inggeris di mana bahasa Melayunya berpasang-pasangan.

'Couple' ini tidak semestinya bercinta sahaja, ada juga main badminton 'bercouple'. Kalau ini dipanggil sebagai regu. Jadi, maksud yang ditanya ini bukan bercinta, bercinta tidak haram. Tetapi 'bercouple' itu yang banyak menjadi haram.

Cinta ini adalah perasaan suka dan sayang kepada seseorang dan dia akan menjadi bakal suami ataupun isteri kita. Ini tidak haram, ini fitrah manusia. Jikalau setakat menghantar mesej bertanya khabar itu, tidak dipanggil 'bercouple'.

Maksud 'couple' ini apabila keluar berdua-duaan, makan bersama-sama, dan melakukan benda-benda dilarang. Ini HARAM. Jadi, jikalau mahu bercinta, jangan sampai 'bercouple'. Jadi, pastikan anda ketahui batas-batas pergaulan apabila anda bercinta. Jangan sampai 'bercouple'. HARAM.

Wallahualam.

Sumber: Hijabista
loading...

0 Response to "'Couple' Beregu Lawan Badminton 'Halal'. Tapi 'Couple' Bercinta Tanpa Batasan 'Haram'?? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus"

Post a Comment

Didakwah