Rambut Selalu Gugur, Elak Buat 4 Rutin Ni

Kongsikan di


Sumber Abang Terlajak Laris.

Ramai yang runsing apabila menyedari rambut semakin nipis hari demi hari. Tapi tahukah anda punca rambut gugur adalah disebabkan rutin harian. Ini antara 4 rutin yang anda perlu elak jika taknak rambut gugur.

1. Tertekan
Tertekan atau stress boleh menyebabkan rambut anda gugur. Bahkan keguguran boleh berlaku selepas 4 minggu hingga 3 bulan anda tertekan. Khabar baiknya adalah, rambut anda akan kembali tumbuh selepas stress berkurangan.

2. Mengikat Rambut Terlalu Tegang
Jika rambut anda selalu gugur disebabkan sering diikat terlalu tegang, cuba kurangkan sedikit tegangan tersebut. Anda juga boleh membiarkan rambut anda bebas.

3. Selalu Memakai Pengering Rambut
Menggunakan pengering rambut terlalu kerap boleh menyebabkan rambut anda gugur. Panas yang dihasilkan pengering rambut boleh menyebabkan rambut anda gugur dan rosak.

4. Menyikat Rambut Ketika Masih Basah
Tabiat buruk ini sering dilakukan oleh ramai orang itu menyikat rambut ketika masih basah. Cuba untuk membiarkan rambut anda kering secara semula jadi dan kemudian baru menyikatnya.
loading...

0 Response to "Rambut Selalu Gugur, Elak Buat 4 Rutin Ni"

Post a Comment

Didakwah