7 Tips Menjadi Ibu Penyabar Dalam Mendidik Anak-Anak Kecil

Kongsikan di

Andai kita mendapat apa yang diinginkan mesti kita akan suka dan gembira, bahkan menjaganya dengan baik. Begitulah juga anak, walaupun pelbagai ragam sebagai ibu hendaklah menerima hakikat bahawa ragam anak-anak kecil sememangnya begitu, lasak.




Menghadapi karenah dan gelagat anak-anak yang sedang membesar merupakan situasi yang memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Anak-anak yang gemar bergaduh, berebutkan barangan mainan, menyelerakkan peralatan rumah memberikan ujian yang tinggi untuk ibu bapa mengendalikannya.
Terdapat beberapa tips bagi para ibu untuk berhadapan dengan anak-anak kecil yang pelbagai karenah ini;

#1 – Banyakkan Berdoa

Doa merupakan jalan terpenting dalam menangani apa jua keadaan. Tambahan lagi doa dari seorang ibu mudah dimakbulakn oleh Allah s.w.t.
Berdoalah agar anak-anak kita dilembutkan dan senang dikendalikan, selain itu seorang ibu juga harus berdoa agar diberi kesabaran dan ketenangan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

#2 – Sentiasa Bersabar

Kesabaran sangat penting bagi seseorang ibu untuk mengatasi karenah anak-anak yang sedang membesar. Melalui kesabaran inilah ibu masih mampu mengendalikan anak-anak melaui pujukan, nasihat.
Bahkan sabar juga sangat penting apabila seseorang ibu itu berada dalam keadaan beremosi yang memungkinkan dia memarahi anak-anaknya mahupun memukul mereka.
Rasulullah s.a.w telah memberi contoh yang baik melalui kelembutan, dakwah akan lebih mudah diterima. Jadi sabar itu sangat penting untuk menjadikan ibu bapa itu lembut dan terkawal emosinya.

#3 – Banyakkan Mengingati Tuhan

Banyakkanlah mengingati Allah, dengan mengingati Allah menjadikan kita seorang yang lebih tenang dan membentuk kesabaran dalam diri. Ini sangat membantu dalam memenangi anak-anak. Sentiasa menyebut 99 nama Allah juga menambahkan keberkatan dalam didikan.
Alunan ayat-ayat al-Quran memang sebaik-baiknya dibaca setiap hari oleh ibu bapa dalam proses membesarkan anak-anak. Seperti dengan membaca surah Yasin dapat melembutkan hati anak-anak. Selain itu, banyakkan istighfar dan mengingati Allah untuk menjauhkan gangguan syaitan.

#4 – Memberi Pujian

Ibu bapa seharusnya memberikan pujian kepada setiap kejayaan atau tindakan baik yang dilakukan oleh anak-anak. Ini sedikit sebanyak memberi semangat dan galakan kepada mereka untuk meneruskan perbuatan baik itu.
“Wah… rajinnya anak mama, tolong kemaskan barang mainan. Macam nilah Allah sayang.”
Setiap anak sangat sukakan belaian dan kasih sayang, dengan memberi pujian akan membuatkan anak-anak tahu bahawa ibunya sangat mengasihinya.
Anggaplah usia anak yang masih kecil berkelakuan nakal dan aktif ini hanya sementara. Layanilah karenah mereka tanpa rotan, dan amarah. Pujian kadang-kadang lebih berkesan daripada menghukum.

#5 – Ibu Yang Sihat

Setiap ibu mestilah dalam keadaan sihat, bertenaga dan terkawal emosinya. Oleh itu, seseorang ibu itu mestilah cukup tidur, cukup minum air, tidak manahan lapar serta terbawa-bawa akan permaslahan lain ketika mengasuh anak-anak.
Ini akan membuatkan sesorang ibu itu mudah tertekan dan melepaskan tekanan itu kepada anak-anaknya. Kadang-kadang inilah yang menjadi punca kepada kes penderaan.

#6 – Fahami Keadaan Anak-anak

Memahami keadaan anak juga sangat penting. Anak-anak mestilah dalam keadaan sihat, tidak lapar, tidak sakit bagi mengelakkan anak-anak tidak selesa dan menganggu ibu mereka. Contohnya jika anak membuang air besar, sudah pasti mereka merengek lantaran tidak selesa.
Kadang anak-anak sering melakukan pelbagai karenah hanya kerana mereka ingin perhatian dan kasih sayang. Lalu, berilah tumpuan dan masa untuk mereka, seperti menemani mereka membuat kerja sekolah, membawa anak-anak beriadah bersama-sama dan sebagainya.

#7 – Bersyukur Dan Sentiasa Gembira

Selalunya jika kita mendapat apa yang diinginkan dan gembira mendapatnya mesti kita akan suka dan gembira, bahkan menjaganya dengan baik.
Begitulah juga anak, walaupun banyak ragam dan karenah sebagai ibu haruslah menerima hakikat bahawa ragam anak-anak kecil sememangnya begitu, lasak dan ada ragam yang tersendiri. Bayangkan hidup tanpa anak-anak, pasti akan rasa kosong dan sunyi.
Sememangnya bukan mudah untuk membesarkan dan mendidik anak-anak, terutamanya sewaktu kanak-kanak yang benar-benar menguji emosi dan fizikal ibu dan bapanya.
Terutamanya para ibu haruslah menanam kesabaran yang tinggi dari mula-mula berkahwin agar lebih bersedia untuk menjadi ibu yang penyabar.
Sesungguhnya besar pahala ibu bapa yang mendidik anak-anak ini, apatah lagi jika anak yang dididik itu berjaya di dunia dan akhirat.




Sumber : tazkirah.net
loading...

0 Response to "7 Tips Menjadi Ibu Penyabar Dalam Mendidik Anak-Anak Kecil"

Post a Comment

Didakwah