Apakah Hukum Bersolek? 3 Tips Penting Untuk Muslimah Yang Suka Pakai Make-up

Kongsikan di

Menyukai kecantikan itu fitrah wanita, namun mengapa dikatakan wanita yang suka bersolek itu ahli neraka?

Fitrah wanita suka kepada kecantikan. Bahkan dalam Islam juga meraikan kecenderungan wanita yang suka perhiasan dan dandanan dalam batas-batas syariat.

Di zaman moden serba canggih ni, berhias atau ber-make up sudah menjadi lumrah dunia, jikalau kita berada dalam bidang peragaan sebagai model atau muncul di kaca TV, wajib ber-make up supaya dapat kesan yang berseri pada wajah kita.

Tapi apakah hukum bersolek sebenarnya? Apa pula pandangan Islam terhadap wanita ber-make up? Adakah salah sekiranya kita ber-make up?

Dan jika tidak, bagaimana cara sebenar seorang wanita muslim itu berhias? Di dalam entry ini, kita akan cuba kupas sedikit sebanyak perkara ini supaya dapat membantu wanita muslimah di luar sana,serta sebagai peringatan buat kami di ELLE ZADA sendiri. Baca sampai habis untuk dapatkan 3 tips penting! Insyaallah.
Dalam Surah An-Nur; Ayat 31 menerangkan dengan terperinci tentang batas aurat dan penampilan wanita. Ayat ini memang panjang tetapi teramat penting untuk kita benar-benar baca dan faham,
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Di dalam surah An-Nur pula disebut, "Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka" dan ini termasuklah kecantikan wanita itu sendiri. Di dalam Islam, solekan atau memperlihatkan perhiasan berlebihan itu digelar Tabarruj. 
Tabarruj Menurut bahasa adalah wanita yang mempamerkan keindahan dan perhiasannya berlebihan kepada lelaki bukan mahram (tafsiran Ibnu Manzhur di Lisanul Arab). 
Tabarrajatil mar’ah maksudnya wanita yang menampakkan kecantikannya, lehernya, dan wajahnya. Ada yang mengatakan, maksudnya adalah wanita yang menampakkan perhiasannya, wajahnya, kecantikannya kepada lelaki bukan mahram dengan niat untuk membangkitkan nafsu syahwatnya. Dalam konteks kita, senang cakap, untuk dapatkan perhatian dan Likes.

Dan Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda, 
“Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek.”
Masyaallah, amat berat sebenarnya isu solekan dan perhiasan wanita ini. Bukan wanita tidak boleh bersolek langsung, tetapi bersoleklah secara sederhana, tidak berlebih-lebihan sehingga menaikkan rasa nafsu bagi kaum lelaki yang memandang. Boleh bawa fitnah pula ke atas diri kita nanti.
Tanya diri, apabila kita berniat bersolek untuk cantik, maka untuk siapakah kecantikan kita itu ditunjukkan? Bagi wanita yang sudah berkahwin, solekan itu buat si suami, mungkin dengan solekan nipis pada wajah, dapat membuatkan pandangan orang lain terhadap suami itu lebih baik. 
Jagalah penampilan sekadar cukup agar maruah dan air muka suami terjaga. Maklumlah, masyarakat sekarang ini, ada sahaja komennya. Bila sang isteri langsung tak menajga penampilan ketika di sisi suami, kelihatan seperti kakak dan adik aau mak dan anak ejek mereka. Fikiran dan kata-kata manusia kita tak boleh kawal. Jadi, cukuplah jika seorang wanita itu berhias secara sederhana demi menjaga nama suami, keluarga dan anak-anak. 
Di sini ELLE ZADA kongsikan tips untuk para pembaca yang dikasihi:

3 TIPS UNTUK MUSLIMAH BERSOLEK : 

Bersolek boleh memberikan keyakinan dan penampilan yang segar. Orang pun selesa berurusan dengan kita jika kelihatan "Ready!". ELLE ZADA kongsikan serba sedikit praktis tips bersolek :

1. Gunakan warna-warna yang 'natural' SAHAJA.

  • Elakkan lipstik yang berwarna garang dan kelihatan terlalu menarik perhatian seperti warna merah, purple, pink terang, maroon gelap dan sebagainya.
  • Pilih warna-warna yang SESUAI dengan warna kulit dan HAMPIR dengan warna semulajadi bibir kita.
  • Elakkan warna-warna yang terang seperti eye shadow hijau, biru, ungu dan sebagainya. Jika perlu, pilih yang berwarna natural seperti coklat dan perang (bronze).
  • ELLE ZADA menggunakan pendekatan make up natural untuk sesi photoshoot kami kerana kami percaya, konsep make-up hanyalah untuk menyerikan dan meningkatkan ketrampilan bukannya sehingga jadi topeng di muka.

2. Jangan gunakan bulu mata palsu!

  • Bulu mata palsu adalah sama hukumnya seperti menyambung rambut dan ianya adalah HARAM. Jika mahu, boleh gunakan sedikit mascara. Pastikan dibersihkan sempurna jika mahu ambil wudhuk!
  • Kedua-dua pihak yang terlibat dalam memakai dan memakaikan bulu mata palsu mendapat dosa.
  • Maknanya, walaupun make up artist sekadar memakaikan, tetap dapat saham dosa seperti pemakainya. Be careful terutamanya make-up artist beragama Islam!
  • Dulu masa kami tak tahu, kami juga memakai bulu mata palsu dalam photoshoot (astaghfirullahalazim), tapi lepas dah tahu kami terus maklumkan kepada make up artist untuk tidak menggunakan bulu mata langsung untuk model ELLE ZADA.

3. Kening TIDAK DICUKUR / DICABUT!

  • Antara perkara yang menjadi kelaziman adalah mencukur kening. Tahukah anda bahawa ianya adalah HARAM dan BERDOSA?
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka ( al Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (Al Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah” Riwayat (Al Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Kesimpulannya? Kecantikan sebenar seorang wanita itu adalah pada akhlaknya. Jadi bersederhanalah dalam berhias.
InsyaAllah dengan itu dapat menundukkan nafsu dan mencegah fitnah.
SHARE mesej ini dan didoakan lebih ramai mendapat manfaatnya. InsyaAllah!
loading...

0 Response to "Apakah Hukum Bersolek? 3 Tips Penting Untuk Muslimah Yang Suka Pakai Make-up"

Post a Comment

Didakwah