Cara Hilang dan Elak Bau Kaki

Kongsikan di



Bau hapak dan kurang menyenangkan pada kaki buatkan diri hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang. Apatah lagi bila perlu membuka kasut dan masuk ke surau atau kediaman teman. Pastinya ia buatkan diri anda malu dan tidak selesa dengan reaksi orang di sekeliling anda. Bahkan, orang disekeliling juga turut tidak selesa dengan kita jika bau kaki yang merosakkan mood.

Kali ini, dikongsikan cara-cara untuk menghilangkan dan mengelakkan bau kaki agar tiada lagi masalah malu dan takut untuk berhadapan dengan orang sekeliling lagi.

Cuci kaki dengan sabun antibakteria
Amalkan dengan mencuci kaki dengan sabun antibakteria setiap hari dengan bersih agar bakteria dan kuman tidak dapat hidup di celahan jari kaki anda dan seterusnya boleh menyebabkan bau kaki.

Rendam dengan air perahan lemon atau limau nipis
Lakukan rendaman kaki dengan jus perahan lemon atau limau nipis sebolehnya seminggu sekali agar kaki kekal segar sentiasa.

Sapu bedak bayi pada kaki
Sebelum anda memakai stokin dan seterusnya kasut, sapukan dengan rata bedak bayi pada kaki dan celahan jari agar ia kekal segar dan cegah dari peluh yang teruk.

Tabur serbuk penaik dalam kasut
Pastikan anda menabur serbuk penaik 24 jam sebelum anda menggunakan kasut tersebut kerana serbuk penaik berkesan dalam mematikan bakteria yang ada di dalam kasut dan sekaligus mencegah kehadiran bakteria yang menyebabkan bau kasut.

Skrub kaki
Rajinkan diri untuk membuat skrub kaki untuk membuang kulit mati pada bahagian kaki agar kaki sentiasa bersih, segar dan bebas noda.

Simpan kasut di rak kasut yang terbuka
Pastikan anda menyimpan kasut anda di rak kasut yang mendapat pengudaraan dan pencahayaan yang cukup agar kasut boleh bernafas. Ini kerana bakteria mudah hidup dan membiak di tempat yang tertutup dan gelap tanpa udara.








Sumber : eh.com.my

loading...

0 Response to "Cara Hilang dan Elak Bau Kaki"

Post a Comment

Didakwah