Air Kencing Yang Terdapat Di Dalam Kolam Renang Tidak Memudaratkan Namun Ada Kesannya

Kongsikan di


Imej dari kurier.at

Satu kajian telah dijalankan oleh penyelidik di Kanada bagi menguji tahap pencemaran urin atau air kencing yang terdapat di dalam sesebuah kolam renang. Namun keputusan yang diperolehi tidak memberangsangkan.

Penyelidik dari Universiti Alberta turut melakukan ujian bagi melihat tahap pencemaran air yang berpunca dari air kencing yang terdapat di dalam kolam renang.

Memetik laporan Sinar Harian, sebanyak 250 sampel melibatkan 31 kolam renang dan tab air panas di dua bandar sekitar Kanada dikumpulkan untuk penyelidikan tersebut.

Keputusan mendapati, kolam renang yang dipenuhi 830,000 liter air dengan kira-kira 1/ 3 keluasan kolam renang Olimpik, dicemari 75 liter urin manakala kolam yang lebih kecil pula mencatatkan 30 liter bacaan urin.

Walaupun secara saintifiknya air kencing tidak memudaratkan (steril), namun kebarang kalian ia bercampur dengan bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam kolam tetap mencetuskan kebimbangan terhadap kesan kesihatan orang ramai.

Sumber: Sinar Harian
loading...

0 Response to "Air Kencing Yang Terdapat Di Dalam Kolam Renang Tidak Memudaratkan Namun Ada Kesannya"

Post a Comment

Didakwah