Ini 6 Kebaikan Minum Campuran Susu Bersama Kulit Kayu Manis

Kongsikan di


Malaysia kaya dengan rempah-ratus yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh. Salah satunya adalah kulit kayu manis. Kulit kayu manis dikenali sebagai bahan tambahan yang sering dicampur dalam makanan dan minuman. Selain aromanya yang wangi, kayu manis ternyata sangat bermanfaat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Dan tahukah anda gabungan kayu manis dan susu berfungsi sebagai ubat untuk pelbagai penyakit, salah satunya ia boleh membantu anda untuk mendapatkan rehat yang cukup serta tidur yang lebih baik.

Campuran kedua bahan ini bukan sahaja mempunyai banyak manfaat kesihatan dan kecantikan yang lain malah mempunyai rasa yang hebat.

1. Pencernaan – Tahukah anda bahawa campuran susu bersama kulit kayu manis diyakini dapat membantu proses pencernaan lebih baik. Ia mengurangkan rasa tidak nyaman perut dan menenangkan gastrointestinal. Kandungan yang terdapat dalam kulit kayu manis seperti kalsium, serat dan mineral adalah sangat baik untuk kesihatan pencernaan usus, serta melindungi diri daripada penyakit jantung. Selain daripada itu, serat kulit kayu manis juga dapat mengubati cirit-birit.

2. Lena – Jika anda mengalami masalah sukar tidur pada waktu malam, cuba konsumsi susu yang dicampur dengan kayu manis. Ia membantu anda tidur lebih lena dan juga tenang pada waktu malam.

3. Ubati Selesema – Konsumsilah campuran dua bahan ini untuk melindungi badan dari jangkitan kuman dan bakteria yang menjadi punca selesema serta demam berpanjangan. Rawatan tradisional Cina biasa menggunakan kulit kayu manis untuk mengubati demam dan selesema. Kulit kayu manis mengandungi zat yang berperanan membuat tubuh semakin hangat dan seterusnya memberi rasa keselesaan.

4. Kencing Manis – Antioksidan yang terkandung dalam kayu manis dapat membantu mengawal tahap gula darah. Bagi pesakit kencing manis, terutama mereka yang berada di tahap kedua, kulit kayu manis berperanan dalam memperbaiki respon insulin dan membantu proses pencernaan selepas makan. Satu gram kulit kayu manis boleh menurunkan tahap gula darah, triglycerides, kolesterol malahan ia boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada pesakit diabetes.

5 Kesihatan Mulut – Minum susu bersama kayu manis secara teratur akan membantu mengurangkan rongga, menguatkan gusi dan mengurangkan gigitan serangga.

6. Sihat Untuk Rambut & Kulit – Campuran kedua bahan ini akan melawan setiap bahan-bahan yang boleh merosakkan kulit dan rambut anda. Kerana sifat antibakteria dalam susu dan kayu manis akan mentapkan sistem sel kulit dan rambut lebih sihat.

Jadi selepas ini jangan ragu lagi untuk menambah kulit kayu manis pada makanan dan minuman untuk membantu anda menjaga kesihatan tubuh badan.

Cara menyediakan Susu Kayu Manis

  • Untuk membuat susu, hanya panaskan susu sehingga mendidih.
  • Tuang ke dalam cawan dan tambahkan kayu manis.
  • Tutup cawan dan biarkan ia bersama kayu manis kira-kira 10 minit.
  • Buang kayu manis tadi.
  • Tambah madu mengikut citarasa anda.
  • Diatasnya boleh ditabur serbuk kulit kayu manis sekali.
Rujukan : 123
loading...

0 Response to "Ini 6 Kebaikan Minum Campuran Susu Bersama Kulit Kayu Manis"

Post a Comment

Didakwah