Ini Yang Berlaku Pada Badan Anda Jika Mengamalkan Pemakanan Ala Vegetarian

Kongsikan di

Image result for Ini Yang Berlaku Pada Badan Anda Jika Mengamalkan Pemakanan Ala Vegetarian


Vegetarian ialah orang yang mengamalkan pemakanan tanpa daging atas sebab diet tertentu atau agama. Diet vegan mengambil sumber tumbuhan, sayuran dan buah-buahan dalam sajian harian tanpa sebarang daging dari binatang. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak mengambil sebarang makan pek atau tin yang mengandungi lemak haiwan.

Pernah tak terfikir bagaimana keadaan tubuh dan kesihatan seorang vegetarian. Mungkin dia akan kekurangan sumber protein yang datangnya dari daging atau mengalami beberapa gangguan ketidakselesaan penghadaman? 
Rupanya terdapat tiga jenis vegetarian yang berasingan:-
1. Ovo-lacto vegetarian – diet yang mengambil produk tenusu dan telur
2. Ovo-vegetarian – diet yang tidak mempunyai produk tenusu tapi mengambil telur
3. Lacto-vegetarian – diet yang tidak mengambil telur tapi
Namun ada juga vegetarian yang ekstrem yang langsung tidak mengambil mana-mana produk tenusu dan telur.

Kami akan merungkaikan persoalan-persoalan tentang si vegetarian…kebaikan dan keburukannya.

Kebaikan 

#1 Anda akan berasa lebih aktif dan bertenaga dari biasa.
#2 Sistem penghadaman lebih kerap dan mudah.
#3 Badan kurang berbau begitu juga dengan bau peluh. 
#4 Kulit menjadi lebih perang atau tan dan bersinar jika anda banyak makanan yang tinggi beta-carotene seperti lobak merah dan keledek.
#5 Kulit lebih bersih, rambut bersinar dan struktur kuku menjadi kuat. 
#6 Penurunan berat badan. Ini kerana makanan yang berasaskan tumbuhan rendah dalam kalori. Namun ia juga bergantung kepada apa dan berapa banyak kuantiti makanan anda. 
#7 Kurang simpton sakit menstruasi / PMS
#8 Daya deria rasa semakin bagus kerana lidah anda tidak lagi menerima rasa dari makanan prosesan dan akan merasai rasa sebenar dari sumber makanan yang semulajadi. 
#9 Anda akan mula mengidam (cravings) makanan yang sihat.
#10 Tubuh badan terasa lebih ringan dan konsentrasi anda lebih peka serta daya kreativiti lebih tinggi.
#11 Tinggi stamina dalam melakukan pelbagai aktiviti fizikal dan senaman.
Kebiasaannya kebaikan-kebaikan diatas setelah tubuh badan anda mula rasa selesa dengan diet vegan. 

Keburukan 

#1 Ketidakselesaan perut seperti kerap membuang angin atau hendak ke tandas.
#2 Ada sedikit bau kurang senang melalui kulit dan kulit kepala. Isu ini hanya sementara saat anda mula mengamalkan diet vegan. 
#3 Tidak semua akan bernasib baik memiliki kulit yang bersih ada juga yang akan mengalami masalah ruam atau berjerawat. 
#4 Sukar untuk tidur atau perubahan waktu tidur, ini normal kerana sumber-sumber vitamin dan zat makanan memberi efek terhadap pola waktu tidur anda. 
#5 Ada juga berat badan bertambah kerana ada yang lebih senang memilih makanan vegetarian yang telah siap di pek atau sudah diproses. Seperti kacang merah dalam tin. 
#6 Terasa lapar lebih kerap. 
#7 Mengalami kelesuan dan sakit kepala. Ini adalah simptom biasa bagi yang mula mengamalkan diet vegan.
#8 Gangguan emosi mungkin berlaku. 
Siapa terasa nak jadi vegetarian boleh start fikirkan kebaikannya..
Sumber : wanista.com
loading...

0 Response to "Ini Yang Berlaku Pada Badan Anda Jika Mengamalkan Pemakanan Ala Vegetarian"

Post a Comment

Didakwah