Kajian: Pewangi Murah Mampu Sebabkan Barah, Kemandulan

Kongsikan di


Haruman penyegar udara murah boleh menyebabkan barah, gangguan saraf, sakit kepala dan mandul jika dihidu dalam tempoh lama, menurut sebuah kajian.

Kajian bersama pelajar Universiti Kyoto, Jepun dengan Fakulti Perubatan Universiti Malaya mendapati produk seumpama itu yang dijual semurah RM10 berisiko tinggi terhadap kesihatan manusia.

Hasil kajian enam bulan menggunakan mesin gas kromatorafi dan pemeriksaan tahap pencemaran udara mendapati udara diruang menggunakan produk penyegar sedemikian mengandungi toksik dan ia biasanya diguna dalam kenderaan, rumah serta pejabat.

Penasihat kajian dan Pakar Toksikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya Prof Dr Mustafa Ali Mohd berkata keadaan itu berlaku kerana kandungan bahan sintetik berbahaya dikenali sebagai sebatian organik meruap “volatile organic compound” (VOC).

“VOC membolehkan haruman itu meruap dengan mudah terutama dalam ruang tertutup dan walaupun berbau wangi, penyegar udara itu sebenarnya tidak selamat dihidu berterusan.

“Dalam jangka lama, bahan itu boleh meresap lalu terkumpul dalam badan menyebabkan penyakit dan kesan buruk yang tidak diingini,” katanya dipetik Harian Metro.

VOC turut digunakan dalam penghasilan sabun, syampu dan cecair pembersih lantai.

Semenntara itu, Pakar Kesihatan Persekitaran dan Toksikologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Mohd Hasni Jaafar berkata produk penyegar udara di pasaran turut mengandungi Phthlate — bahan kimia untuk melembutkan plastik seperti poly vinyl chloride.

Jelasnya, bahan kimia itu berbahaya jika melebihi piawaian dibenarkan kerana boleh memberi kesan sampingan terhadap sistem pembiakan manusia serta pertumbuhan janin dalam kandungan.

SUMBER
loading...

1 Response to "Kajian: Pewangi Murah Mampu Sebabkan Barah, Kemandulan"

  1. ayo dicoba keberuntungannya bersama dengan kami di fanspoker^^com
    dapatkan juga bonus rollingan dan refferalnya

    ReplyDelete

Didakwah