MERASA MAKANAN DAN NIAT PUASA BAGI QADHA’

Kongsikan di


Soalan; saya ada dua soalan;
1. Bolehkah tukang masak merasai masakan sama ada masin atau tidak ketika sedang puasa?
2 ) Seorang wanita berniat berpuasa ramadhan selama sebulan, tapi pada 15 ramdhan dia telah keluar haid selama 1 minggu. Perlukah dia berniat lagi jika mahu melakukan puasa ganti tersebut atau berpuasa tanpa mlafazkan niat lagi?

Jawapan;

1. Merasa makanan tidaklah membatalkan puasa tetapi hukumnya makruh kecuali jika ada keperluan seperti tukang masak, membeli makanan untuk berbuka atau sebagainya (maka hukumnya adalah harus tanpa makruh). Namun setelah dirasa hendaklah diluahkan kerana jika tertelan masuk ke dalam kerongkong bersama air liur akan batallah puasa.

2. Hari-hari puasa (di bulan Ramadhan) adalah kewajipan berasingan antara satu sama lain. Kerana itu wajib diniatkan secara berasingan pada setiap malam (sebelum terbit fajar atau masuk waktu subuh). Adapun keharusan berniat sebulan adalah sebagai langkah berjaga-jaga sahaja, yakni jika ditakdirkan terlupa berniat pada suatu malam, maka niat sebulan itu dapat menampungnya bagi mengelak puasa terbatal kerana terlupa niat. Adapun sengaja tidak berniat -dengan alasan telahpun berniat sebulan- maka perbuatan tersebut tidak diharuskan mengikut jumhur ulamak. Kewajipan berniat pada setiap malam bukan sahaja dituntut ke atas puasa Ramadhan, tetapi juga ke atas semua puasa yang wajib iaitu puasa Qadha' (ganti), puasa nazar dan puasa kaffarah (sama ada kaffarah bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan, kaffarah sumpah dan kaffarah zihar).

Sila baca info tentang puasa dalam Laman Fiqh Anda; (http://fiqh-am.blogspot.com/)

SUMBER
loading...

0 Response to "MERASA MAKANAN DAN NIAT PUASA BAGI QADHA’"

Post a Comment

Didakwah