Siapa Sangka 3 Tabiat Ini Ternyata Boleh Merosakkan Gigi

Kongsikan di


Image result for Tabiat Ini Ternyata Boleh Merosakkan Gigi


Malas memberus gigi dan tidak pernah membuat pemeriksaan doktor gigi setiap 6 bulan sekali merupakan tindakan buruk yang hanya akan memudaratkan kesihatan gigi.
Namun, tidak hanya itu sahaja kerana ada beberapa lagi tabiat yang anda biasa buat ternyata memberi kesan buruk pada gigi.
Tabiat apa yang agaknya?
#1 Berus Gigi
Mungkin ada di antara kita yang mempunyai tabiat memberus gigi dengan gerakan mendatar, iaitu gerakan menyamping ke kanan dan kiri. Tanpa kita sedari, gerakan memberus gigi sebegini ternyata boleh merosakkan gigi. Sebab, memberus gigi secara dua hala ini dapat mengikis enamel gigi. Gerakan memberus gigi secara mendatar merupakan gerakan yang statik yang hanya membuatkan kita memberus gigi di bahagian itu sahaja, akibatnya enamel gigi pada bahagian yang diberus akan terhakis. Jika anda juga mempunyai tabiat memberus gigi dengan cara ini, sebaiknya segera ubah kebiasaan ini dengan memberus gigi secara memutar atas dan bawah dengan fokus memberus pada bahagian yang menyeluruh.
#2 Menggunakan Gigi Sebagai ‘Alat’
Siapa di antara kita yang sering menggunakan gigi untuk membuka sesuatu bungkusan? Anda lebih senang menggunakan gigi untuk membuka bungkusan daripada mencari gunting. Jika ya, bermakna anda sudah membuat usia kesihatan gigi anda berkurang. Sebab, gigi kita diciptakan bukan untuk melakukan tindakan yang seharusnya tidak dilakukan. Kebiasaan merobek bungkusan plastik dengan gigi atau bahkan membuka penutup botol dengan gigi, lama kelamaan akan membuat gigi rosak. Sebab, seiring bertambahnya usia, keadaan gigi akan menurun dan lebih rapuh bahkan mengalami kerosakan yang lebih cepat.
#3 Menguyah Ais
Untuk pengetahuan anda, suhu ais batu yang sangat sejuk sebenarnya bukanlah suhu yang sesuai bagi bahagian dalam mulut yang cenderung hangat. Ketika gigi anda termakan benda keras yang sejuk, tekanan seringan itu boleh membuatkan enamel mengalami keretakan kecil. Malah, jika kebiasaan ini terus dilakukan maka retakan itu akan melebar dan menyebabkan gigi sensitif.
Sumber : wanista.com
loading...

0 Response to "Siapa Sangka 3 Tabiat Ini Ternyata Boleh Merosakkan Gigi"

Post a Comment

Didakwah