ABDULLAH BIN MAS'UD - Insan Pertama Membaca Al-Quran Terang-terangan Selepas Rasulullah

Kongsikan di


Abdullah bin Mas'ud terkenal sebagai salah seorang ulama di kalangan sahabat. Beliau pakar dalam bab al-Quran. Bacaannya antara yang paling baik. Kefahamannya juga terhadap maksud antara yang paling tepat.

Nabi SAW pernah bersabda:

"Barangsiapa yang suka untuk membaca al-Quran segar sebagaimana ia diturunkan, maka bacalah mengikut bacaan Ibn Ummi Abd (gelaran Ibn Masud)"

Namun beliau bukan sekadar alim tentang al-Quran. Beliau juga mujahid al-Quran. Ketika di Mekah, baginda SAW berhimpun dengan para sahabat dan bersabda:

"Orang Quraisy belum pernah lagi mendengar al-Quran secara terbuka. Siapa di kalangan kita yang berani memperdengarkannya?"

Pantas Abdullah bin Mas'ud menjawab:

"Saya!"

Sahabat lain berkata:

"Eloknya biarlah orang dari keluarga yang boleh memberi perlindungan memperdengarkannya. Kami bimbangkan keselamatan kamu. "

Ibn Masud menjawab:

"Tak apa. Biarkan Allah melindungiku."

Lantas dia keluar ke Masjidil Haram, pergi ke Maqam Ibrahim. Waktu itu orang-orang Quraisy sedang duduk di sekeliling Kaabah. Lalu dia membacakan dengan suara yang lantang:

"بسم الله الرحمن الرحيم. الرحمن. علم القران. خلق
اﻹنسان. علمه البيان.. د"

Dia terus membacakan surah itu. Orang-orang quraisy terpinga-pinga mengamati apa yang dibacakan. Lantas berteriak:

"Celaka! Dia baca apa yang Muhammad bawa!"

Lalu mereka bangun beramai-ramai dan membelasah Ibn Mas'ud sehingga berlumuran darah. Namun beliau terus membacakan.

Setelah selesai, beliau pulang dengan keadaan yang masih berdarah. Sahabat-sahabat lain berkata kesal:

"Inilah yang kami bimbang berlaku pada kamu."

Jawab Ibn Mas'ud:

"Demi Allah tiadalah musuh Allah yang paling ringan bagi aku selain mereka sekarang. Kalau kamu mahu, esok aku akan pergi lagi melakukan perkara ini."

Para sahabat membalas:

"Cukuplah. Kau dah perdengarkan apa yang mereka benci."

Abdullah Ibn Mas'ud adalah ikon pejuang al-Quran yang sebenar. Patut dicontohi oleh semua huffaz dan mereka yang terlibat di bidang al-Quran dan ilmu wahyu.

Sumber: https://www.facebook.com
loading...

0 Response to "ABDULLAH BIN MAS'UD - Insan Pertama Membaca Al-Quran Terang-terangan Selepas Rasulullah "

Post a Comment

Didakwah