Berhati-Hati Dengan 17 Pintu-Pintu Syaitan

Kongsikan di

syaitan


Jin selalu mengintai-ngintai kita untuk mencari jalan dan peluang agar mereka dapat masuk ke dalam tubuh badan kita.
Jangan salah faham. Tidak semestinya apabila jin masuk ke dalam tubuh badan, seseorang itu akan menjadi kerasukan (histeria).
Apa yang lebih bahaya ialah, apabila jin-jin ini masuk ke dalam badan kita, ia akan mempengaruhi kita dan menjauhkan kita dari jalan kebenaran yang diredhai Allah.
Mungkin ramai yang tak perasan, sebenarnya ada 17 pintu di mana jika tanpa sedar kita membukanya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita.
Apakah matlamatnya?
Hanya satu. Iaitu untuk menjauhkan kita dari jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda apakah 17 pintu tersebut.
17 pintu yang saya kongsikan dalam artikel ini, adalah hasil pembacaan saya dari buku bertajuk Wiqoyatul insan minal jinni wasy-syaithoni, Ash-sharimul batari fit tashaddi lis saharati al-asyrar, karya Syeikh Wahid Abdussalam Bali.
17 pintu tersebut adalah:
  1. Kebodohan
  2. Marah
  3. Cinta Dunia
  4. Panjang angan-angan
  5. Rakus
  6. Kikir
  7. Sombong
  8. Suka dipuji
  9. Riya’
  10. Bangga diri
  11. Keluh kesah dan gundah gulana
  12. Mengikut hawa nafsu
  13. Buruk sangka
  14. Menghina seorang Muslim
  15. Meremehkan dosa
  16. Merasa aman dari azab Allah
  17. Putus asa dari rahmat Allah
Daripada semua pintu yang saya tuliskan di atas, ada tiga pintu yang paling penting untuk anda perhatikan agar jangan sampai anda lakukannya.
Mengapa?
Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil.
Ketiga-tiga pintu utama ini ialah:
  1. Sombong
  2. Tamak/cinta dunia
  3. Dengki

4 Perkara Penting

Pertama: Semua amal yang anda lakukan, yang mana tidak berasal dari nabi, selain akan tertolak, juga sangat berpotensi mendatangkan jin kafir dalam tubuh manusia, bahkan sangat dicintai jin kafir.
Ini berpunca dari kebodohon kita terhadap agama Islam itu sendiri. Menurut Syeikh Abdul Wahid Salam Bali, ketika beliau meruqyah seseorang, jin mengaku masuk melalui lubang dubur, disaat orang itu masuk ke bilik mandi tanpa membaca doa terlebih dahulu.
Ada seorang yang hafal Al Quran telah dirasuk oleh jin (jin masuk ke dalam badannya), adalah disebabkan orang itu makan dengan tangan kirinya.
Ada juga keadaan di mana seorang yang diruqyah, jin masuk ke dalam badannya kerana zikir dengan menyebut-nyebut kata Al Jabbar, tetapi dengan niat untuk minta kekuatan, bukannya kerana Allah.
Akhirnya jin masuk ke dalam tubuh badannya, dan masih banyak lagi contoh-contoh lain.
Apa yang dapat difahami dengan kebodohan itu, ialah kita tidak mendalami tentang ilmu agama itu sendiri menyebabkan kita melakukan perkara yang akhirnya memberikan ruang untuk jin masuk ke dalam badan.
Kedua: Perbuatan yang sangat dimurkai Allah ialah sifat sombong. Sifat ini sangat disukai jin dan sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan.
Ini kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah.
Allah berfirman di dalam Surah Sad ayat 74 yang bermaksud:
“Melainkan Iblis, dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadilah dia dari golongan yang kafir”
Ingatlah, musuh kita (jin dan syaitan) selalu mengintai kita dan melihat kita dari tempat yang kita tidak dapat melihat mereka. Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Al-Araf ayat 27:
“Wahai anak-anak Adam, Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapa kamu dari syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesunggunya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman”.
Ketiga: Sifat mudah marah adalah salah satu pintu masuk yang paling mudah untuk jin masuk ke tubuh manusia. Seorang yang sedang marah maka ketika itu tekanan darahnya tidak teratur, jantung berdegup kencang, dan disitulah syaitan mudah sekali untuk masuk.
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah”. (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 3281 dan Muslim no. 2175
Keempat: Sifat yang sangat perlu untuk kita berhati-hati dan berbahaya adalah cinta dunia. Jika sifat ini telah tertanam sedalam-dalamnya di hati kita, akhirnya akan melahirkan pula pelbagai penyakit hati yang lain iaitu:
  • ujub
  • bangga diri
  • iri dengki
Penyakit-penyakit hati ini akhirnya akan menghalalkan segala cara dalam meraih dunia. Sebab itulah kita sering terdengar individu-individu yang walaupun sudah kaya tetapi ditangkap akibat terlibat dengan jenayah rasuah. Inilah bahayanya penyakit cintakan dunia.
Semoga dengan perkongsian ini dapat mengingatkan kita agar selalu menjaga diri supaya kita tidak membuka pintu-pintu yang akhirnya menyebabkan jin dan syaitan dapat masuk ke dalam tubuh badan kita.
Sumber : http://perawatislam.com
loading...

0 Response to "Berhati-Hati Dengan 17 Pintu-Pintu Syaitan"

Post a Comment

Didakwah