Hukum Cium isteri Dan Melakukan 'Ringan-Ringan' Ketika Berpuasa

Kongsikan di

(Foto: Choo Choy May)

Lelaki Islam boleh mencium dan 'ringan-ringan' dengan isteri ketika berpuasa selagi dia tidak melakukan persetubuhan, kata mufti Perlis.



Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menulis dalam akaun facebooknya, menjawab persoalan hukum seorang lelaki yang berpuasa mencium dan bermesraan dengan isterinya tanpa melakukan persetubuhan.





"Seseorang yang berpuasa boleh mencium dan bermesraan dengan isteri selagi dia tidak melakukan persetubuhan.

"Jika dia tahu bahawa dia tidak dapat mengawal dirinya, maka dia harus mengelakkan mencium dan 'kemesraan yang lain'," katanya menjawab ringkas dalam akaun rasmi Facebooknya.

Beliau juga turut memetik dua petikan dari hadith yang menyatakan bahawa dibenarkan bagi seorang lelaki untuk lakukan dengan isterinya ketika berpuasa kecuali persetubuhan.

Kata Masruq: 

Aku pernah bertanya A’ishah: "Apakah yang halal untuk lelaki lakukan kepada isterinya semasa berpuasa?". Jawab 'Aishah: "Semua perkara kecuali persetubuhan" (Riwayat 'Abd al-Razzaq dengan sanad yang sahih).



Kata 'Aishah:

"Nabi s.a.w mencium dan bermesraan dengan isteri sedangkan baginda berpuasa. Baginda itu paling dapat mengawal kemaluannya" (Riwayat al-Bukhari)
loading...

1 Response to "Hukum Cium isteri Dan Melakukan 'Ringan-Ringan' Ketika Berpuasa"


  1. mari coba keberuntungannya bersama kami hanya dengan
    deposit minimal 10.000 bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di F*A*N*S*P*O*K*E*R

    ReplyDelete

Didakwah