Keadilan dalam Islam - Kisah Khalifah Ali bin Abu Talib yang Kehilangan Baju Besi

Kongsikan di


" Dalam perang Siffin, Khalifah Ali bin Abi Talib kehilangan baju besinya.  Beberapa hari kemudian, Ali melihat baju besinya yang hilang itu di tangan  seorang Yahudi. Ali berkata kepada Yahudi itu; " Baju itu adalah kepunyaanku.  Aku tidak pernah memberikan atau menjualnya kepada sesiapapun."

 Jawab orang Yahudi itu; " Tidak! Baju ini adalah kepunyaanku sejak dahulu."  Baik Ali mahupun orang Yahudi itu masing-masing mempertahankan hak  masing-masing. Akhirnya tidak juga dapat penyelesaian, maka keduanya sepakat  pergi menemui hakim Syuriah untuk meminta penyelesaian secara jujur dan adil. Di situ, terjadilah dialog antara sang hakim dengan pihak pendakwa dan yang didakwa.

  Ali berkata;"Baju besi yang ada di tangan orang Yahudi ini adalah kepunyaanku sejak dahulu." Hakim Syuriah berkata kepada orang Yahudi itu; "Bagaimana Ali telah menyatakan bahawa baju besi yang ada di tanganmu itu adalah miliknya?"

  Jawab orang Yahudi itu; "Tidak, baju besi ini adalah kepunyaanku." Hakim Syuriah bertanya kepada Ali; "Apakah ada bukti di tangan Amirul Mukminin yang menunjukkan bahawa baju besi itu kepunyaan baginda?"

 Jawab Ali;"Ada! Puteraku Hassan dan Hussain tahu betul bahawa baju besi itu kepunyaanku sendiri."

  Hakim Syuriah berkata; " Kesaksian anak sendiri terhadap ayahnya tidak dapat diterima menurut hukum yang berlaku.." Selanjutnya, hakim Syuriah berkata; " Kerana Amirul Mukminin sendiri tidak boleh membuktikan dengan pengakuan dua orang saksi yang sah, maka aku memutuskan bahawa baju besi ini adalah milik orang yang memegang sekarang iaitu Yahudi tersebut."

  Lalu hakim Syuriah menjatuhkan palunya sebagai tanda persidangan telah selesai.

  Sementara Khalifah Ali bin Abi Talib walaupun sebagai Amirul Mukminin dia boleh mengambil tindakan atau sekurang-kurangnya memberikan tekanan kepada sang hakim untuk memenangkannya, tapi beliau tidak menempuh jalan itu. Dia tetap patuh kepada ketentuan hukum yang berlaku.

  Adapun hakim Syuriah telah menunjukkan satu contoh bagaimana mestinya sikap seorang hakim yang harus mempertahankan keadilan hukum di atas segala-galanya. Adapun orang Yahudi tadi yang mempersaksikannya dalam mengalami kejadian tersebut merasa takjub dan hairan sekali melihat kepatuhan seorang pembesar tinggi terhadap ketentuan hukum, ketegasan pendirian seorang hakim dalam menegakkan hukum yang semuanya bersumber kepada unsur-unsur keadilan di dalam Islam. Terpesona dengan kejadian itu, orang Yahudi tersebut lantas turut memeluk Islam.

-------------------------------------------------------------------
 Intipati dari kisah Khalifah Ali ialah:

1) Tidak ada keadilan selagi undang-undang manusia (Lord Reid) digunapakai sehingga digantikan dengan undang-undang syariah.

2) Menurut prinsip keadilan: tiada sesiapa mengatasi undang-undang.

3) Racist atau sentimen perkauman tidak ada dalam undang-undang islam. Keadilan mesti ditegakkan sebagai satu medan dakwah kepada non-muslim.

Wa'Allahualam..

Sumber: http://mr-tazkirah.blogspot.my
loading...

0 Response to "Keadilan dalam Islam - Kisah Khalifah Ali bin Abu Talib yang Kehilangan Baju Besi "

Post a Comment

Didakwah