Lupa Baca Niat, Esok Tak Puasa!

Kongsikan di


Soalan:

Salam kepada semua.

Dalam bulan ramadan,kita berpuasa macam biasa.
maksudnya dia juga baca niat dan bersahur seperti biasa.
tapi pd malam ramadan ke-14 dia x pegi terawih dan tertido sampai x sahur dan hanya jaga utk solat subuh.[lepas terawih ada baca niat beramai2]
bila dah x baca niat ,dia x pose pd siangnya.
dia sangka bila dia dh x berniat pd malam ke-14 ramadan ,posenya x sah dan x guna tahan diri utk makan dan minum lagi.

Soalan nya disini,kalau dia teruskan je puasa nya pada hari ke-14,bagi saya puasa nya tetap sah dan tulin lagi suci.

Ape pula pendapat para panel feqh yg budiman

*******************
Jawapan:

-Syarak mewajibkan niat dalam setiap ibadah termasuk puasa. Maka tidak sah puasa tanpa niat.

-Maksud niat puasa, tidak semestinya berlafaz dengan perkataan, apatah lagi dilakukan beramai-ramai selepas tarawih (spt yg anda sebut). Amalan seperti ini tidak bersumberkan sunnah dan tidak diamalkan oleh salaf. Cukup sekadar niat di hati bahawa esok nak puasa.

-Menurut jumhur ulama, diwajibkan berniat itu pada waktu malam (sebelum fajar). Kerana hadis "Sesiapa tidak berniat puasa pada malam hari, maka tiada puasa baginya".
HR: Abu Daud (no: 2456), Tirmizi (no: 730), Nasai (no: 2332).

-Kalau langsung tidak terdetik dalam hati pada waktu malam untuk puasa pada esoknya, maka tidak sah puasa di sisi jumhur. contohnya: seorang yg tertidur atau pengsan sebelum maghrib dan sedar selepas subuh keesokannya, maka tidak sah puasanya pada hari itu.

-Maksud tidak sah puasa ialah: diwajibkan ganti selepas Ramadhan. Bukannya dia dibolehkan makan minum pada hari terbatal itu. Kerana dia tetap wajib menjaga kehormatan Ramadhan.

Sumber: http://soaljawabpuasa.blogspot.my
loading...

0 Response to "Lupa Baca Niat, Esok Tak Puasa! "

Post a Comment

Didakwah