Guna Tiga Ramuan Lemon Ini Jika Mahu Hancurkan Batu Karang

Kongsikan di


Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang, kesakitan yang berdenyut-denyut, loya, demam,sukar kencing, kencing berdarah dan sebagainya antara salah satu petanda anda mengalami penyakit batu karang.

Sakit yang dirasa apabila batu karang bergerak dalam saluan kencing dikatakan antara sakit yang sangat sakit. Secara logiknya, tentulah sakit kerana batu karang berbentuk kristal dan tajam. Jika melalui saluran yang sempit, tentu akan mengakibatkan kesakitan.

Portal Boldsky melaporkan kandungan berkhasiat dalam lemon dikatakan mampu menyingkirkan batu karang. Lemon mengandungi banyak khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan. Malah, ia juga merupakan salah satu bahan detoks yang mengagumkan.

Biasanya lelaki yang akan menghidap penyakit batu karang ini, tapi jangan sangka wanita terkecuali dari terkena penyakit ini ya.

Jom tengok ramuan semula jadi yang dibuat daripada lemon ini bagi merawat penyakit berkenaan!

1. Air perahan lemon

Kandungan asid sitrik dalam lemon membantu mencegah pembentukan batu karang dengan meningkatkan tahap keasidan air kencing.

Ambil 2 sudu besar hingga setengah cawan perahan lemon setiap hari atau anda boleh mencampurkannya dengan air suam serta madu.

2. Air perahan lemon dan cuka epal.

Cuka epal kaya dengan kandungan asid asetik yang sangat berkesan dalam merawat penyakit batu karang jika dicampurkan dengan jus lemon.

Campurkan (setengah biji) air perahan lemon dan satu sudu besar cuka epal dengan segelas air. Minum ramuan ini setiap 2-3 jam sekali setiap hari bagi menghilangkan rasa sakit, sekali gus mempercepatkan proses pemulihan.

3. Air perahan lemon dan minyak zaitun

Asid asetik dalam lemon mampu melarutkan batu karang, sementara minyak zaitun pula mencipta lapisan dinding pada bahagian dalam ginjal bagi mengurangkan rasa sakit ketika proses peluruhan berlaku.

Minum campuran perahan lemon dan minyak zaitun selama tiga hari berturut-turut bagi proses pelarutan ini berjalan lancar.
loading...

0 Response to "Guna Tiga Ramuan Lemon Ini Jika Mahu Hancurkan Batu Karang"

Post a Comment

Didakwah