Ibu Ini Berjaya Didik 10 Anak Hafaz Al-Quran. Cukup Luar Biasa & Ketahui Tipnya!

Kongsikan di


Bukan calang-calang wanita, Puan Wirianingsih ini berjaya menjadikan 10 orang anaknya iaitu  Afzalurahman Assalam, Faris Jihady Hanifa, Maryam Qonitat, Scientia Afifah Taibah, Ahmad Rasikh ‘Ilmi, Ismail Ghulam Halim, Yusuf Zaim Hakim, Muhammad Syaihul Basyir, Hadi Sabila Rosyad dan Himmaty Muyassarah sebagai hafiz dan hafizah.

Semestinya usaha ini bukanlah semudah sebagai mana kita mengajar anak mengenal huruf alif ba dan ta. Pun begitu, itulah yang dilakukan oleh Wirianingsih dan juga suaminya Mutammimul Ula, yang berasal daripada Indonesia ini.

Ibu berusia 54 tahun ini juga turut  berkongsi tip bagaimana mendidik 10 anaknya hafaz al-Quran dalam buku 10 Bersaudara Bintang Al-Quran. Jadi jom semak untuk dijadikan panduan.

1.    Sejak kecil lagi sentiasa memperdengarkan bacaan al Quran pada anak-anak supaya mereka dibiasakan dan dekat dengan kitab suci ini.


2.    Menetapkan rutin khusus dalam keluarga. Selepas solat Subuh dan Maghrib masing-masing diwajibkan membaca al-Quran setiap hari. Tiada agenda lain boleh dilakukan oleh anggota keluarga di dalam rumah. Semua wajib membaca al-Quran kecuali jika berlaku urusan yang tidak dapat dihindarkan.


3.    Rela tidak mempunyai televisyen di rumah agar tiada pengaruh tidak elok pada anak-anak.


4.    Jelaskan hasrat ibu bapa yang ingin  memiliki anak yang hafaz al-Quran kepada anak-anak sejak kecil lagi. Walau pun pada awalnya anak-anak berasa seperti terpaksa namun apabila dewasa mereka memahami kepentingan malah keperluan untuk menghafaz al-Quran. Dalam hal ini katanya komunikasi baik dengan anak adalah cukup penting.


5.    Berikan hadiah sebagai ganjaran tiap kali anak berjaya menghafal beberapa juzuk al-Quran.


6.    Ibu bapa perlu utamakan kaedah mengajar, membuat pengulangan dan memilih sekolah yang menekankan program menghafal al-Quran.


Sumber : ragamanak.com
loading...

3 Responses to "Ibu Ini Berjaya Didik 10 Anak Hafaz Al-Quran. Cukup Luar Biasa & Ketahui Tipnya!"

  1. Beruntunglah mereka yang pelajari Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran akan menjadi syafaat dan teman mereka di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  2. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di fanspoker''com
    add pin bb 55F97BD0 ditunggu ya

    ReplyDelete
  3. HIDUPMU AKAN LEBIH BAHAGIA SETELAH BERGABUNG DI DEWALOTTO
    BURUAN DAFTARKAN DIRI ANDA SEKARANG JUGA !

    ReplyDelete

Didakwah