Turunkan Kadar kolestrol Dengan Ramuan Tradisional Ini. Cuma Guna 4 bahan Semula jadi Ini Sahaja

Kongsikan di


Kurus, muda dan sihat bukan jaminan anda tidak akan menghadapi masalah kolestrol. Justeru kena hati-hati terutama dalam pengambilan makanan yang berpotensi boleh menyebabkan masalah kesihatan ini menyerang anda.

Terbaru, satu tips mengatasi masalah kolestrol tinggi dan cepat telah dikongsikan oleh laman Delihayat Kitchen yang telah terbukti keberkesanannya setelah beliau mengamalkan petua turunkan kolesterol.

Menurut Delihayat lagi dia mengamalkan jus penawar kolestrol tiga kali sebelum berjumpa doktor. Setelah itu, bacaan dan kadar kolestrol yang dimaklumkan doktor amat mengejutkan kerana bertambah baik, malah selsemanya juga berkurang dan jus ini juga sangat baik untuk resdung.

Difahamkan, jus ini juga sangat baik untuk kesihatan badan dan berbagai penyakit lain seperti gout, sakit jantung, migrain, sakit sendi, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Berikutnya adalah resepi ubat kolestrol tradisional dan cara mengurangkan kolestrol dalam badan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah.

Cara Menurunkan Kolestrol Tinggi:

Bahan-bahan:

– 500 gram bawang putih

– 500 gram halia

– 1 cawan perahan lemon

– 1 cawan apple cider

– 1 cawan madu

Cara untuk menyediakan jus terbaik ini:

1. Masukkan bawang putih dalam pengisar, tambahkan 2 cawan air. Kisar dan tapis. Gunakan air tersebut untuk kisar halia pulak dan tapis jusnya.

2. Masukkan perahan air bawang putih dan halia dan perahan lemon dalam periuk dan panaskan dgn api perlahan, renehkan dalam 30 minit.

3. Angkat dan sejukkan, campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.

Cara minum:

– 1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)

– 1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur

Amalkan dengan kerap untuk mendapatkan keputusan dan hasil yang baik untuk kadar kolestrol di dalam badan anda.
loading...

0 Response to "Turunkan Kadar kolestrol Dengan Ramuan Tradisional Ini. Cuma Guna 4 bahan Semula jadi Ini Sahaja"

Post a Comment

Didakwah