Tidak Daftar Haji Tetapi Dapat Menunaikan Haji

Kongsikan di

PERGI HAJI BUKAN KERANA DAH DAFTAR DENGAN TABUNG HAJI TETAPI JEMPUTAN DARI ALLAH.


Sebelum itu saya nak ucapkan selamat berangkat dan mengerjakan haji kepada semua tetamu Allah tahun ini. Setiap tahun musim ini, hati saya berbaur dengan pelbagai perasaan. Rindu, sedih, bersyukur, iri hati dan bermacam-macam perasaan lagi.
Saya tergerak untuk menaip posting ini kerana terbaca cerita Neelofa yang sebulan daftar dah boleh pergi Haji. Mungkin cerita saya boleh lagi viral kerana saya tidak pernah berdaftar dengan TH tetapi sudah 2 kali dijemput untuk mengerjakan Haji.
Bagaimana boleh jadi begitu?
Cerita ini bermula lebih kurang 10 tahun dahulu, tahun 2005 apabila saya berada di tahun akhir pengajian Sains Aktuari di UKM. Pada waktu itu umur saya baru 21 tahun. Haaaa... Mesti ada yang tengah kira berapa umur saya sekarang.
Anyway....
Salah seorang pensyarah jemputan bernama Jefry Zain pada kelas pertama beliau telah meminta kami semua untuk tulis apa yang kita mahu capai dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang dengan perasaan kita akan dapat capai hajat-hajat itu. Tulis dengan jelas bila kita akan capai. Pada umur berapa kami capai. Lagi detail lagi bagus!
Alhamdulillah semua hajat dalam senarai itu telah saya capai. Cuma 90% sahaja on time. Yang balance 10% lambat setahun dua.
Antara banyak-banyak hajat saya salah satunya adalah -selesaikan rukun Islam ke 5 bersama isteri seawal mungkin-. Saya tulis hajat itu tanpa tahu bila saya akan berkahwin. Tanpa tahu dengan siapa saya akan berkahwin. Tetapi saya tulis dengan keyakinan "SAYA AKAN DAPAT CAPAI HAJAT INI!". Dengan keyakinan ALLAH akan makbulkan hajat ini. The rest, lets the MAGIC do their work.
Saya graduate pada pertengahan tahun 2006. Saya dapat offer untuk bertugas di Saudi Arabia pada tahun 2007 tanpa saya memohon pun. Saya tidak pernah terbayang saya layak bekerja di peringkat antarabangsa. Langsung tidak pernah terfikir untuk memohon untuk bekerja dia luar negara. Tidak pernah terlintas dalam fikiran. Malah tidak tahu bagaimana mahu memohon untuk bekerja di kuar negara. Tetapi cantiknya aturan ALLAH, pihak di Saudi datang ke Universiti minta recommendation dan lecturer saya Encik Abdul Malek yang memberi nama dan contact saya. Perasaan seperti ALLAH menjemput saya kesana siap dengan karpet merah. Bukan sahaja boleh buat Haji. Malah boleh buat Umrah setiap minggu.
OK cut the story short, awal tahun 2008 saya terbang ke Jeddah untuk memulakan tugas. Berkahwin dengan gadis pilihan Ira Abdullah selepas raya haji pada tahun 2008. Kemudian menunaikan rukun Islam ke 5 pada bulan Zulhijjah pertama sebagai suami isteri pada tahun 2009. (Shortcut betul cerita....hahahaha)
Semasa melakukan tawaf wida', saya teringat kembali pada hajat yang saya minta dan pohon padaNYA 4 tahun sebelum itu. Sangat jelas tulisan buruk saya itu terbayang dalam otak "menyelesaikan rukun Islam ke 5 dengan isteri seawal mungkin". Air mata tidak mampu saya tahan lagi pada waktu itu. Terasa bertapa sayangnya ALLAH pada saya. Bagaimana cantiknya susunan dan aturan NYA untuk memakbulkan hajat saya. Saya hanya meminta. Ira mungkin ingat bagaimana saya broke into tears pada waktu itu. Perasaan disayangi, diperhati dan dijemput oleh ALLAH memang indescribable. Di ketika menaip ni pun masih terasa. ðŸ˜¥
Sejak saya kecil, mentor kehidupan saya dan mentor berniaga saya Haji Borhan dan Hajjah Rashidah which are ibu bapa saya sentiasa mengingatkan saya.
"Buat semua bende dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh. Kemudian kita berdoa padaNYA supaya apa yang di usahakan kita tercapai. Berdoa dengan kepercayaan yang DIA akan makbulkan doa kita. Sebab DIA yang Maha Kuasa dan Maha Pemurah. Andai ditakdirkan milik kita, ia adalah milik kita walau apa yang terjadi. Andai ia bukan milik kita, usah bersedih. Ia bermakna ALLAH mahu beri kita perkara yang lebih baik. Maka persiapkan diri kita untuk perkara yang lebih baik. Tiada yang mustahil disisi ALLAH."
Ramai yang kata, siapa saya harini faktor besarnya adalah cara didikan ibu bapa saya. And I couldn't agree more. Dalam ketegasan meraka penuh dengan kasih sayang.
Ada 3 point yang saya ingin sampaikan
1. Mintalah! Berdoalah! Rayulah! PadaNYA apa yang kita hajati. Tulis hajat kita supaya kita sentiasa ingat. Sentiasa Nampak! Sentiasa ingat untuk meminta padaNYA. Ataupun minta bantuanNYA untuk mengingatkan kita. InsyALLAH dia akan makbulkan. MESTI DIA makbulkan, cepat atau lambat sahaja.
Ada 1 doa yang saya diajarkan pada saya oleh Ustaz Syed Norhisyam. Dan dia minta sampaikan juga pada orang ramai supaya pahala menjadi MLM.
Berikut adalah doanya
Ø£َللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø£َعِÙ†ِّÙŠْ عَلىَ Ø°ِÙƒْرِÙƒَ ÙˆَØ´ُÙƒْرِÙƒَ ÙˆَØ­ُسْÙ†ِ عِبَادَتِÙƒَ
ALLOOHUMMA A’INNII ‘ALAA DZIKRIKA WA SYUKRIKA WA HUSNI ‘IBAADATIK.
“Ya Allah tolonglah aku dalam mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang baik kepada-Mu.”(HR. Bukhori)
2. Semua bende yang kita usahakan, lakukan dengan bersungguh-sungguh. Dengan ikhlas! Kemudian berdoalah padaNYA supaya semuanya dipermudahkan, diselesaikan dan berjaya. InsyALLAH. Jika tidak jadi atau selesai itu bermakna ia adalah kejadian yang terbaik untuk kita.
3. Kadangkala kita selalu rasa sesuatu bende itu jadi atau tidak jadi adalah disebabkan orang. Contoh Haji ni, kita selalu berfikir tak dapat pergi haji sebab Visa tak dapatlah, orang tu dapat pergi sebab ada Cable dalam TH lah, Si Kaya dapat pergi sebab bayar pakej mahal. Kita perlu ingat, ada kala kita lihat orang beratur panjang dan ada kala kita lihat ada orang tidak perlu beratur malah dihamparkan dengan permaidani merah melangkah aman dan damai tanpa ada halangan. Jangan dilihat Si Kaya dapat pergi tak semestinya mereka pergi mereka mendapat haji yang dimahukan. Selama saya di sana, saya sendiri saya lihat bagaimana ada manusia yang telah sampai ke Tanah Haram pada musim haji akhirnya tidak berwukuf kerana kesihatan.
Jangan sampai jiwa kita terganggu merasakan sesuatu yang lain dari Allah itu penyebab kita dijemput mengerjakan haji. Allah jika mahu pilih, kadang-kadang langsung kita tidak pernah terfikir langsung dari arah mana bantuan itu datang.
Lagipun Umrah kan sunat je... Settlekan yang wajib dulu....
Syafie
Hamba ALLAH yang merindui Tanah Haram
p/s : D'yana.com.my baru sahaja lancarkan koleksi Haji dan Umrah. Boleh didapati di website www.dyana.com.my dan di kesemua 9 cawangan Butik D'yana
p/s/s:
Since ada yang mula bertanya boleh SHARE ke?
Jika anda rasa penulisan saya ini memberi kesedaran dan manfaat, haruslah di kongsikan bersama orang lain supaya lebih ramai yang mendapat manfaat.
Jangan lupa SHARE and TAG.😬
loading...

1 Response to "Tidak Daftar Haji Tetapi Dapat Menunaikan Haji"

  1. ayo segera bergabung dengan kami
    di FANSPOKER || karna difans anda bisa mendapatkan keuntungan lebih besar
    ayo tunggu apa lagi segera di add pin bb kami 55F97BD0 || saya tunggu di add nya ya...

    ReplyDelete

Didakwah